Tuesday, 29 September 2020

Cara Nak Buat T-Shirt Dan Berniaga Tanpa Modal


Nak buat perniagaan t-shirt tanpa modal bukanlah hanya cakap-cakap saja, masih ada lagi cara nak buat bisnis ini langsung tak guna modal walaupun satu sen pun.
 

Ada beberapa cara tanpa modal jika nak buat bisnis t-shirt ini, Cuma mahu atau tak mahu saja. Hendak seribu daya.
 

Kita boleh berniaga t-shirt menggunakan POD, dropship dan juga  secara menjadi affiliate. Tidak ada masalah sebenarnya.
 

Zaman sekarang ini, kalau kita dapat berniaga dengan lancar tanpa modal pun sudah kira bagus. Apatah lagi kalau kita dapat pasarkannya secara online mahupun offline.
 

Dan yang paling syoknya kita sendiri tak perlu ada kemahiran melukis untuk buat desain, jikalau kita tahu mencari niche t-shirt yang dicari oleh pelanggan.
 

Zaman sekarang, berpakaian tee sudah menjadi trend yang semestinya pada seseorang itu. Kebanyakan orang memakai t-shirt dan boleh dikatakan terlalu ramai orang memakainya.
 

Ada orang suka t-shirt jenis tulisan, ada juga yang suka jenis pemandangan dan ada yang suka jenis grafik dan sebagainya. Masing-masing ada kehendak mereka tersendiri.
 

Espek Pemasaran
 

Pasaran t-shirt sangat luas sebenarnya, kalau tidak manakan begitu ramai orang berniaga t-shirt. Jual t-shirt di pasar malam, di kedai dan gedung pakaian dan banyak juga secara online.
 

Yang baiknya, berniaga t-shirt ini kita boleh memasarkannya dengan kedua-dua cara sama ada online ataupun online. Cara dropship juga kita boleh buat secara offline dan online.
 

Menggunakan khidmat syarikat POD atau Print On Demand juga membuka ruang yang luas jika kita ingin berniaga t-shirt secara sekali gus iaitu online dan offline.
 

Berniaga cara ini seharusnya kita hendaklah berfikir di luar kotak sedikit kerana kita mestilah lakukan pemasaran kita cara yang orang lain belum buat.
 

Sesuatu benda yang orang lain belum buat dan kita mulakan dahulu sememangnya akan beri kelebihan dalam bisnis kita, walaupun dalam perniagaan t-shirt.
 

Kita boleh mengambil order secara individu, kumpulan untuk murid-murid sekolah dan dari organisasi. Yang penting kita hendaklah cipta keperluan untuk pelanggan kita.
 

Perkhidmatan Percetakan T-Shirt Caru Baru
 

Di Malaysia sudah ada beberapa syarikat percetakan yang buat bisnis cara POD – Print On Demand. Ada di antara mereka ini ada yang meyediakan Web Storenya sekali dengan percuma.
 

Bagi yang ingin mencuba buat bisnis dengan t-shirt ini tidak perlu risau kerana segala-galanya sudah ada di depan mata. Apa yang perlu ada komputer atau handset dan internet, sebaik-baiknya wifi.
 

Kita boleh mulakan dengan menggunakan khidmat syrikat POD. Syarikat ini menyediakan template dan platform untuk membuat desain.
 

Segala desain yang dah siap kita hanya perlukan simpan dan mempromosinya melalui blog kita, media social atau webstore kita sendiri.
 

Apabila ada order, segala bayaran dari pelanggan kita serahkan kepada syarikat POD dan mereka akan proses t-shirt dan kemudian membuat penghantaran kepada pelanggan kita
 

Bagi syarikat yang sedia ada web storenya sendiri, lebih senang lagi jikalau kita nak berurusan. Urusan seperti proses percetakan dan penghantaran dilakukan oleh mereka. Kita cuma sediakan desain sahaja.
 

Di sini ada 2 syarikat yang menyediakn seperti apa yang saya terangkan dan saya sendiri meyertainya. Anda perlu google saja untuk mencari syarikat tersebut.
 

1.    Famsy store.
2.    Shiroprint Malaysia.
 

Jika anda mahukan t-shirt anda lebih creatif lagi tetapi anda tidak mempunyai kemahiran design, anda boleh mulakan desain anda di Canva.com dan Gravit Designer dengan percuma.

Akhir kata ..
 

Kenapa saya lebih suka buat bisnis dengan mereka ini ? Ini kerana mereka adalah syarikat POD tempatan. T-shirt yang kita boleh jual juga mengikut harga standard Malaysia, ianya tidak mahal.
Dan yang lagi best sebenarnya, kita boleh mulakan perniagaan ini dengan tidak payah menggunakan modal walaupun satu sen pun.

Thursday, 17 September 2020

Panduan Berniaga Kerepek Cheese Kulit Popia Bercili Menguntungkan



Memang betul, kerepek popia cheese bercili bukan sekadar dikunyah begitu sahaja,  ia juga boleh mendatangkan hasil apabila diusahakan dengan betul dan tekun.

Yang bestnya, bahan-bahan yang kita nak buat kerepek cheese kulit popia ini senang dicari. Boleh dikatakan rata-rata kedai ada menjualnya. Bahan-bahan seperti kulit popia, serbuk chili, gula icing sudah cukup untuk kita mulakan perniagaan ini.

Dan lagi, kueh-kueh yang bersalutkan cheese sudah menjadi satu trend kegemaran masyarakat kita. Penambahan cheese pada sesuatu makanan snek itu menjadikan makanan  itu istimewa.

Rasanyapun tak payah ceriatalah, memang sedap. Kerepek kulit popia cheese bercili yang simple ini memang menjadi kegemaran ramai, terutamanya pelajar sekolah.

Bukan setakat pelajar sahaja yang suka, malah pekerja pejabat pun sudah ramai yang meminatinya. Pekerja pejabat memang suka makanan jenis snek macam kerepek kuli popia cheese bercili ini.

Bagi mereka yang tak ada gigi rasanya tidak susah sangat nak menikmatinya kerana kerepek popia cheese ini boleh dimamah perlahan-lahan begitu sahaja.

Kita boleh saja makan kerepek popia cheese ini pada bila-bila masa sahaja. Semasa menonton tv, bersembang dengan kawan atau tetamu.

Kalau dah tidak ada makanan lain di tengah malam, kerepek ini pun jadi juga. Makanan ini amat sesuai bagi mereka yang tidur lewat.

Pendek kata kerepek popia cheese ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja, dan tidak kira di mana tempatnya. Ia tidak merumitkan.

Kalau anda ingin berniaga atau tak pernah buat kerepek popia cheese ini, di sini saya berikan resepinya yang cukup simple sekali.

Resepi

:
-    Kulit popia
-    Serbuk cheese
-    Gula icing
-    Serbuk cili

Cara Membuat :

-    Potong kulit popia berbentuk segi 4 atau bergulung mengikut saiz yang dikehendaki.

-    Kemudian goreng kulit popia yang telah dipotong itu dengan minyak yang banyak sehingga warnanya agak keemasan.

-    Ramuan serbuk cheese, serbuk cili dan gula icing digaul hingga serata di dalam mangkuk berasingan.

-    Kemudian kulit popia yang telah digoreng itu digaulkan sekali dengan ketiga-tiga bahan tadi sehingga ia meliputi sepenuhnya.

-    Akhir sekali makanan ini boleh sahaja di hidangkan atau dipekkan untuk diniagakan.



Sedikit Ulasan

Projek ini adalah viable, boleh mendatangkan keuntungan. Kiraan secara kasar dibuat ia boleh beri untung melebihi 80% kalau mengikut jualan 10 peket yang berharga 1 untuk RM 1.

Anak saya mampu menjual 20 peket sehari di sekolahnya. Saya rasa 20 peket sehari secara pukul rata cukup untuk membantu dirinya setelah ditolak segala kos yang bersangkutan.

Jika ingin berniaga kerepek popia cheese bercili ini, bahan seperti pembungkus plastik kecil atau sederhana, penimbang kecil dan sealer machine.

Anda boleh dapat Plastic Sealer Machine di sini dengan murah

Friday, 11 September 2020

6 Senarai Program Affiliate Terbaik Percuma

Buat Duit Online Dengan Program Affiliate Percuma
Kita tahu salah satu cara buat duit online adalah melalui program affiliate. Ada banyak program affiliate di pasaran sebenarnya dan telah ramai juga yang buat duit dengan program seperti ini.

Affiliate adalah agen atau orang tengah yang menjual produk orang lain dan mendapat komisyen untuk dirinya.

Sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini,  dinasihatkan buatlah keputusan tentang niche produk apa yang mereka ingin pasarkan.

Dan ini agak penting juga untuk memilih program affiliate mana yang sesuai bagi membantu kita untuk  mempromosikan  barangan mereka.

Program Affiliate Yang Mudah dan Mesra
 
Carilah program affiliate percuma yang ada ciri-ciri flexibility. Maksudnya yang mudah daftar, komisyen berpatutan, bahan pemasaran yang lengkap dan juga latihan.

Syarikat pengeluar yang mesra pelanggan juga harus diambil kira.  Begitu juga dengan Pengurus Affiliate yang mesra dan mudah memberi nasihat dan pertolongan.

Ada juga syarikat pengeluar produk menguruskan program afiiliate mereka sendiri. Mereka mampu memberi komisyen yang tinggi dan berpatutan.

Pengalaman saya, syarikat pengeluar produk kesihatan lelaki dan wanita  mampu memberi komisyen yang tinggi lagi lumayan, dan kebanyakan mereka  dari syarikat luar. Komisyen juga berbentuk US Dollar.

Ciri-Ciri Affiliate Yang Digemari
 
Tidak ramai yang ingin membuat duit melalui affiliate secara santai. Kebanyakannya mencari duit lebih mempunyai matlamat sama ada untuk menyelesaikan masalah, naikkan taraf ekonomi dan gaya hidup.

Mempunyai rangkaian internet, laptop dan smartphone ramai yang sudah ada. Tetapi nak buat duit secara percuma di internet melalui pemasaran affiliate masih ramai lagi yang belum tahu.

Mereka ini termasuk diri saya sendiri, lebih gemar mencari platform affiliate terutamanya di Malaysia, dan yang mudah untuk memulakannya.

Dari pengalaman saya, apa yang selalu dicari oleh pencari duit tambahan dari platform affiliate ialah yang bercirikan seperti berikut :

1.    Platform affiliate yang mudah untuk didaftar, kelulusan segera atau tidak terlalu lama.
2.    Barang pemasaran untuk orang ramai.
3.    Pemasaran e-dagang.
4.    Platform yang tidak memerlukan blog atau laman web sendiri.
5.    Yang senang buat promosi melalui laman social media.
6.    Ada platform membayar komisyen yang cepat.
7.    Cara pembayaran duit komisyen yang mudah.
8.    Ada platform menyediakan kemudahan pemasaran yang lengkap.
9.    Ada yang memberi latihan atau tutorial tentang pemasaran.
10.    Platform yang tidak mempunyai kerenah yang banyak sangat.
11.    Memberi panduan affiliate.

Di bawah ini adalah senarai 6 program affiliate terbaik percuma luar dan tempatan yang patut dikaji jika anda ingin mencuba program buat duit online.

1.    Sellhealth.com

-    Program affiliate yang cukup mantap dari USA. Mengendalikan barangan kesihatan untuk lelaki dan wanita, produk untuk kuruskan badan dan berbagai lagi.
-    Senang daftar dengan dan mendapat kelulusan.
-    Mempunyai banyak testimoni yang positif dari pelanggan dan juga kajian positif dari para doktor.
-    Mendapat kelulusan dari FDA.
-    Bahan pemasaran yang cukup lengkap dan mantap.
-    Boleh buat bayaran menggunakan paypal.
-    Buat duit dalam USD

Untuk memohon sebagai Affiliate di sini, sellhealth.com

2.    Affiliate Lazada

-    Program affiliate Lazada versi baru bertukar tangan dari yang dulu, kini mengendalikan affiliate Lazada.
-    Perlu mendaftar sebagai pembeli lebih dahulu.
-    Senang memohon tetapi kadangkala membuat pertimbangan agak makan masa yang lama.
-    Maklumat penuh diperlukan semasa memohon termasuk butir-butir dari bank.
-    Mempunyai bahan pemasaran yang lengkap.
-    Lengkapkan apa yang diperlukan, senang mendapat kelulusan.
-    Program ini dianggap salah satu yang terbaik bagi saya.
-    Peluang dan mudah buat duit sebagai affiliate.
-    Lubuk buat duit online.

Untuk memohon sebagai Affiliate lazada teruskan saja ke sini, lazada.com

3.    InvolveAsia

-    Salah satu yang popular, sebagai ‘orang tengah’ mengendalikan puluhan syarikat atau merchant berdaftar termasuk juga Shopee dan Lazada.
-    Memerlukan website atau media social untuk berdaftar.
-    Memberi kelulusan di tahap senang dan sederhana dengan menambil masa yang agak cepat.
-    Bagaimanapun anda terpaksa memohon mendaftar semula bagi sesetengah merchant sebagai tapisan, walaupun anda sudah diterima sebagai Publisher.
-    Juga dianggap salah satu terbaik bagi saya

Untuk memohon sebagai Publisher di sini, involveasia.com

4.    Accesstrade


-    Sebagai ‘orang tengah’ mengendalikan banyak juga syarikat pengiklan atau merchant termasuk Shopee.
-    Memberi kelulusan affiliate di tahap senang dan sederhana kadang-kala makan masa.
-    Memerlukan website untuk berdaftar.
-    Bahan pemasaran yang cukup untuk menarik pelanggan.

Untuk memohon sabagai Publisher di sini, accesstrade.com

5.    Tudung Si Comel

-    Popular dalam pasaran tudung.
-    Memohon menjadi affiliate terus kepada syarikat dan mudah mendapat kelulusan.
-    Tudung mempunyai pasaran yang luas, terutamanya pasaran kanak-kanak.
-    Bonus RM 30 di tambah kepada komisyen affiliate RM 100 pertama.

Untuk memohon sebagai Affiliate di sini, tudungsicomel.com

6.    Klikjer

-    Menyediakan bahan bacaan ebook yang memang dicari-cari oleh pembaca dan mudah dijual.
-    Mudah daftar sebagai affiliate.
-    Memberi komisyen yang agak tinggi
-    Produk ebook yang mudah dan sesuai untuk diselitkan ke kebanyakan konten.

Daftar affiliate di sini, klikjer.com

Senarai program affiliate di atas boleh dikatakan antara yang terbaik dan fleksibil. Anda boleh mulakan dengan program di atas dengan  mula  mendaftar sebagai affiliate.

Sesiapa sahaja yang ingin menjadikan program affiliate sebagai titik permulaan bisnis secara online boleh mencuba dengan menjadi rakan affiliate dari mana-mana, yang penting ia percuma.


BisnesShopee.com


Akhir kata …

Dalam zaman cyber yang serba maju ini, mencari dan untuk mendapatkan duit sangat mudah bagi yang mengetahujnya. Tetapi ramai lagi yang tercari-cari seperti saya juga ingin menjadi seperti mereka yang sudah berjaya buat duit dengan affiliate.

Kejayaan tidak datang menggolek walaupun ia mudah, kita kena mencarinya dan buat apa yang sepatutnya kita kena buat untuk mencapai kejayaan.
















 

Friday, 10 July 2020

Cara Menjadi Agen Insuran Am


Dalam keadaan ekonomi kita yang tak menentu sekarang ini, hendak pula tempias dari Pandemik Covid-19, ada yang masih belum boleh bekerja lagi.

Menjadi agen insuran am adalah satu cabang untuk buat duit tambahan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Di Malaysia pasaran untuk agen insuran am untuk diterokai memang luas sekali. Ini kerana sesetengah perkara dan urusan memerlukan insuran am sebagai wajib.

Kereta dan motorsikal memerlukan insuran semata-mata untuk membaharui Cukai Jalan.
Begitu juga ketika membeli rumah diwajibkan mengambil insuran.

Insuran am yang tidak wajib juga luas pasarannya. Insuran kemalangan diri, insuran perjalanan, insuran tanaman, insuran kebakaran dan banyak lagi jenis-jenis insuran am anda boleh jual.

Bayangkanlah betapa luasnya pasaran insuran am ini. Jika anda seorang selalu berfikiran di luar kotak, anda boleh mempelbagaikan kegunaan insuran am itu disesuaikan dengan kemahuan pelanggan.

Insuran am adalah satu bisnis, tidak seperti insuran nyawa ia memberi perlindungan kepada kenderaan dan pemilik hartanah dan yang lain seperti kemalangan diri tetapi bukan perlindungan nyawa

Sebagai agen insuran am, anda boleh mewakili 2 syarikat tidak seperti insuran nyawa. Ada agen mengendalikan kedua-dua insuran ini.

Untuk menjadi agen insuran am, anda perlu mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM.
Anda juga dikehendaki memduduki pepereksaan Pre-contract Examination dan memohon sebagai agen insuran am dengan mana-mana syarikat insuran am di Malaysia.

1.    Permohonan sebagai agen insuran am

2.    Permohonan dengan PIAM

Komisyen :

Setakat diketahui agen insuran am menerima komisyen sebanyak 10% - 25% bagi setiap hasil jualan produk insuran am mereka.

Nota :

Anda boleh semak semula komisyen  dengan mana-mana syarikat insurab am yang anda ingin memohon.

Tuesday, 7 July 2020

Mari Buat Duit Online Dengan Aplikasi JAG Tanpa Modal

Apa kata masa kita yang ada ataupun yang terluang itu kita isikan dengan bermain aplikasi yang boleh menguntungkan dari segi wang ringgit.

Kalau nak ikut masa kita yang ada tiap-tiap hari, rasanya mesti ada masa kita yang terluang. Hendak pula kita ni seorang pencen, surirumah, pelajar dan seorang yang pandai mengatur masa.

Kita bukan nak jadi jutawan kerana aplikasi dan  ia tidak akan menjadikan anda seorang yang kaya-raya.

Dengan meluangkan sedikit masa kita dengan aplikasi yang boleh buat duit sekurang-kurangnya dapatlah kita selesaikan sedikit masalah umpamanya bil-bil letrik, air ataupun yang lain-lain.

Aplikasi yang saya maksudkan itu ialah JAG. Saya berkenan dengan aplikasi ini bukan apa, cara ia beri peluang kepada kita buat duit agak mudah. Sesiapa saja boleh membuatnya, asalkan mahu.

JAG akan beri RM 50 = 5000 point sebagai imbuhan sebaik saja kita dapat menarik sesiapa menjadi ahli dengan menggunakan id kita.

Ganjaran tersebut akan diberi selepas kita dapat mengumpul point atau mencapai point sebanyak 5000.

Begitu juga dengan mereka yang masuk menjadi ahli baru JAG, mereka akan menerima imbuhan sebanyak yang kita dapat, juga mesti menepati himpunan point mencapai 5000  itu, best kan ?

Ada beberapa tugas untuk mengumpulkan lebih banyak point, salah satunya  ialah kita harus menonton video yang diberi dan kongsikan atau sharekan ke post facebook kita.

Ganjaran yang merupakan point akan dibayar setelah kita selesai melakukan apa yang disuruh oleh pihak JAG. Point yang terkumpul  boleh juga dtebuskan dengan wang ringgit, inilah yang manisnya.

Melihatkan ramai yang masuk dan buat duit, baru-baru ini saya sendiri mencubanya dengan mendaftar dengan JAG. Nak daftar taklah susah sangat.

Cara daftar,

1.    Anda perlu muat turun saja JAG ini di playstore dan daftar saja. Perkara yang diperlukan untuk berdaftar termasuk email anda sendiri. Anda boleh saja buka email sendiri dengan Gmail, percuma sahaja.

2.    Semasa daftar anda akan ditanya mengenai Referrer, anda masukan zieman165 kerana itu adalah id saya. Anda akan beri id sendiri juga setelah anda mendaftar dengan JAG.

3.    Anda tidak akan diberi ganjara RM 50 tanpa memasukkan Referrer.

Tidak ada apa yang susah sangat mengenai aplikasi JAG ini, guna masa anda yang terluang itu dan ikut saja apa yang di mahu oleh pihak JAG. Insyaallah, anda akan berjaya walaupun tidak sebanyak tetapi berbaloi.


Wednesday, 27 January 2016

Perkhidmatan Memotong Rumput

Salah satu perniagaan jenis perkhidmatan yang mudah ialah memotong rumput. Jika anda menjalankan perniagaan jenis ini, pertama sekali anda tidak payah mengeluarkan modal besar untuk memiliki sebuah mesin rumput. Anda boleh memilikinya dengan wang yang tak sampai RM 300.

Dengan sebuah mesin rumput inilah anda boleh memulakan perkhidmatan ini. Bayangkan anda boleh menambah pendapatan anda tetapi anda hendaklah rajin. Anda boleh juga membuatnya secara sepenuh masa.

Cara mempromosi perkhidmatan ini tidaklah susah sangat. Anda boleh buat banner dan lekatkan di pokok-pokok, tiang-tiang di tepi jalan dan anda boleh menghantar risalah-risalah mengenai perkhidmatan anda dari rumah ke rumah.

Salah satu cara paling baik ialah anda sendiri pergi ke rumah-rumah dan menawarkan perkhidmatan anda. Tetapi cara ini anda harus kena ingat bahawa perwatakan atau personality mestilah kena jaga. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku, maklum sajalah.

Barang yang perlu anda memiliki untuk menjalankan perkhidmatan ini:

1. Mesin rumput - Menggunakan minyak petrol dan minyak 2 T.

2. Perkakas untuk mesin rumput yang lengkap - Pisau pemotong dan tali pemotong mestilah disediakan.

3. Kenderaan sekurang-kurangnya basikal. Lebih baik kenderaan bermotor.

4. Siapkan banner atau bunting untuk iklan. Juga buatlah risalah untuk diedarkan ke kawasan perumahan dan sebagainya.

Membuat perkhidmatan mesin rumput ini, prospek anda tidak akan berhenti di situ sahaja. Anda boleh mengembangkan lagi perkhidmatan anda sebagai kontraktor mesin rumput. Apa yang anda perlu buat cuma mendaftar syarikat dan ambil kerja-kerja lebih banyak lagi.


Tuesday, 26 January 2016

Rangkaian Perniagaan Kuih Talam


Jika anda ada kepakaran dalam membuat berbagai jenis kuih talam, perniagaan ini masih terbuka luas bagi mereka yang ingin mencubanya.

Kuih seperti tepung talam, pulut sekaya atau seri muka memang menjadi kesukaan ramai sejak zaman berzaman lagi. Lagi pun hendak membuatnya pun bukanlah mudah, bukan semua orang boleh membuatnya.

Berniaga dan membuka rangkaian kuih talam memang ada potensi dan modal yang digunakanpun tidaklah terlalu banyak. Yang penting mestilah ada kemahuan dan berusaha bersungguh-sungguh.

Untuk membuka rangkaian kuih talam juga tidak begitu susah. Terdapat banyak gerai-gerai teh tarik di merata tempat, bincang sahaja dengan tuan gerai dan letak sahaja kuih dan bayar komisyen kepada tuan gerai itu.

Cari tempat yang agak strategik dan bukalah beberapa cawangan dengan menggunakan jurujual atau pekerja dan bayarlah gaji harian untuk mereka.

Bayangkan pendapatan anda jika anda mempunyai beberapa rangkaian atau cawangan gerai kuih talam, memang lumayan dan ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk menjadikan kenyataan. Yang penting ada kemahuan dan berusaha lebih.






Sunday, 3 January 2016

Buat Duit Dengan Berniaga Kopi Tenaga


Kalau nak kira berniaga, segala benda dalam dunia ini boleh diperniagakan, yang penting kita mestilah ada idea lebih sikit dan berfikiran di luar kotak bak kata orang sekarang. Kita hendaklah rajin berusaha, dan perniagaan kita mestilah halal dari segi hukum syarak dan sah dari segi undang-undang.

Minum kopi satu trend

Berniaga kopi sahaja sekarang ini sudah membuat seseorang itu kaya. Apa tidaknya, minum kopi sudah menjadi trend zaman ini. Bukan setakat kopi biasa, malah kopi berpeket atau sachet pun sudah disukai ramai. Kopi sachet ini memang mempunyai ramai peminat. Tengok saja di gerai-garai dan kedai-kedai kopi berlambak tergantung bermaca-macam jenis kopi.

Potensi berniaga kopi

Perniagaan kopi memang mempunyai prospek yang tinggi dan berpotensi. Sesiapa sahaja boleh mencuba dalam bidang ini dan ianya tidaklah terlalu susah. Yang penting, ramuan kopi mestilah baik, berkualiti dan dapat memberi kesan baik kepada peminumnya tanpa memberi sebarang kesan sampingan.

Untuk memproses kopi ini kita tidak semestinya memiliki kilang kopi, kalau ada amat baik sekali. Banyak juga kilang memproses kopi jenis OEM terdapat di Malaysia ini. Kita cuma ciptakan ramuan kopi ini dan serahkan kepada kilang sebegini,

Kita boleh cipta brand kita sendiri dan buat pemasaran bersendiri, tidak ada siapa akan menghalang asal jangan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Kopi tenaga berkhasiat

Sekarang ini penjualan kopi tenaga sudah banyak di pasaran namun potensinya masih tetap ada. Ini kerana kopi tenaga tidak sama nilai khasiatnya dengan kopi peket yang lain. Kopi tenaga ini memang bertenaga terutamanya dari segi seks.

Bahan libido dan penambah tenaga seks seperti maca, tongkat ali, tribulus terrestris(tt) dan lain-lain lagi selalu 
digunakan untuk memberi khasiat tambahan bagi mereka yang memerlukannya.

Di samping memberi tenaga batin, bahan-bahan yang terdapat dalamnya mampu memberi perjalanan darah dengan dan ada yang boleh merendahkan kadar gula dalam darah dan banyak lagi khasiat yang boleh kita dapat.

Dalam perniagaan kopi tenaga ini kita juga kena berhati-hati dengan kandungan yang terdapat di dalamnya yang boleh membahayakan kesihatan seperti kandungan steroid, sildenafil,tadanafil dan lain-lain.

Tuesday, 22 December 2015

Berniaga Ayam Goreng Seringgit Memang Laris

Semua orang tahu ayam goreng sedap, kerana daging ayam itu sendiri memangnya sedap. Kalau tidak masakan Kentucky Fried Chicken begitu terkenal sekali di seluruh dunia. Masak ayam goreng kalau kena dengan campuran resepinya memang best sekali.

Sekarang ini bukan setakat ayam goreng Kentucky sahaja yang lazat, ayam goreng seringgit yang dijual di tepi jalan dan pasar malam pun apa kurangnya. Apabila kita lalu sahaja di kawasan gerainya, baunya sahaja sudah mencukupi untuk menyatakan yang ianya sedap.

 Ada potensi

Jika berniaga ayam goreng seringgit pada masa ini memang ada potensi. Tidak kiralah di mana kita berniaga ayam goreng, yang penting tempat yang kita hendak berniaga mestilah strategik sedikit. Maksudnya tempat perniagaan hendaklah tempat yang ada laluan orang ramai dan resepinya hendaklah

Dari apa yang saya dok kaji, berniaga ayam goreng seringgit tidaklah susah sangat. Guna modal pun tidaklah beribu-ribu sangat. Beli ayam dan potonglah ikut padan patut saiznya. Buatah resepi yang ada rasa sedikit. Sediakan dapur, periok untuk masak dan benda lain-lain lagi dan jual. Memang mudah.

 Mempunyai pasaran yang luas

Bagi saya pasaran ayam goreng seringgit terlalu luas kerana tempat-tempat untuk berniaga ayam goreng tidak terbatas. Ada pasar malam, ada tepi jalan, ada kawasan perumahan, yang pentingnya kenalah cari tempat-tempat untuk berniaga yang ada potensi. Anda boleh cuba di satu tempat, kalau boleh teruskan dan kalau tidak cari di tempat lain.

 Mudah menengembangkan perniagaan

Dari gerai yang saya selalu membeli ayam goreng seringgitnya, pekerjanya memberi tahu saya yang taukenya mempunyai 6 lagi gerai ayam goreng yang sedang beroperasi. Katanya lagi ada tauke ayam goreng seringgit yang mempunyai lebih daripada 20 cawangan gerai ayam goreng seringgit. Setiap gerai ini mampu mencecah jualan 500 ketul ayam sehari dan ada yang melebihi RM 1000 jualan sehari.

Bila perniagaan ayam goreng seringgit anda ini semakin maju, cubalah buka ladang ternakan ayam daging sekadar yang mampu sekurang-kurangnya anda sendiri yang bekalkan ayam kepada perniagaan anda sendiri.

Lihatlah betapa potensinya perniagaan ini. Modal yang tidak sebanyak mana mampu memberi pulangan yang sangat lumayan. Perniagaan ayam goreng seringgit ini juga tidak perlukan kelulusan tinggi, cukup sekadar rajin, semangat ingin belajar, jujur dan ikhlas dan berdisiplin.

Berniaga Nasi Lemak Menguntungkan


Kerap kali kita tengok dalam drama TV orang yang menjual nasi lemak itu terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal miskin dan pendek kata kebanyakannya  orang miskinlah yang menjual nasi lemak. Tetapi hakikatnya hari ini, kita boleh lihat penjual nasi lemak kebanyakannya tidak lagi seperti yang  digambarkan dalam drama melayu kita.

Ada penjual nasi lemak mampu meraih keuntungan sahaja sebanyak lebih kurang dalam 2 hingga 3 ratus sehari. Itu adalah fakta yang saya sendiri tahu. Bagaimana dengan yang lain-lain lagi, ada yang mungkin dapat lebih? Malah sudah banyak penjual nasi lemak kini adalah mereka yang masih bekerja dan ada yang bertaraf eksekutif.

Jika anda membuat 500 bungkus nasi lemak dengan harga RM 1.20 setiap bungkus  untuk dihantar ke kedai-kedai setiap hari, agak-agak banyak manakah  untung yang kita dapat? Kita ambil untung pukul ratanya sebulan. Agak-agak berapakah modal yang harus dikeluarkan untuk menghasilkan 500 bungkus itu? Modal  mungkin tidak sampai RM 150.00 , tolak itu dan ini, cuba anda agak berapa untung yang diperolehi.

Saya kenal seorang kawan, seorang penjual nasi lemak dengan menghantar ke kedai-kedai, kantin dan lain-lain mampu memilki rumah, van sebiji dan 2 biji kereta termasuk kereta suami. Anak-anak mereka semua bersekolah menengah dan mempunyai motorsikal sendiri. Ada astro dan berwifi di rumah. Saya amat kagum dengannya.

Peluang bagi mereka yang ingin berniaga nasi lemak atau nasi lemak bungkus masih luas walaupun ramai yang telah membuatnya. Pasaran nasi lemak tidak akan tepu selagi selera  masyarakat kita masih lagi terikat dengan kesedapan dan kenikmatan nasi lemak.

Friday, 11 December 2015

Masih Ada Cara Meraih Pendapatan Melalui MLM

Bercakap pasal MLM kebanyakan orang sudah tahu. MLM adalah Multi- Level Marketing atau dalam melayunya Pemasaran Berbilang Perengkat. Ia adalah satu cara perniagaan yang  sememangnya sah di negara kita ini. Kebanyakan syarikat yang menjalankan perniagaan ini mempunyai lesen tertentu.

Saya bukan nak sentuh isu sah atau tidaknya MLM di negara kita ataupun MLM secara online. Saya ingin sentuh cara dan bagaimana seseorang itu  boleh buat duit tambahan dengan menjalankan perniagaan yang berasaskan MLM ini secara alam nyata.

 Apa yang saya lihat dari kawan-kawan yang berkecimpung dalam bidang ini, ramai yang sudah  sampai sepuluh tahun berkecimpung dalam bidang ini. Mungkin sepuluh tahun tidak lama bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya jika sepuluh tahun berada dalam MLM, ini menunjukan yang bidang ini memang boleh memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencari makan.

Walaupun bidang ini mampu memberi peluang kepada kita untuk buat duit, harus juga diingatkan bahawa bukan semua orang boleh melakukannya. Bagi mereka yang tidak suka menjual, lebih baik jangan masuk dalam bidang ini. Wapaupun MLM mempunyai 2 cabang buat duit iaitu jualan dan rekrut, merekrut juga boleh dikirakan sebagai jualan .

Jualan dalam MLM adalah menjual barang terus ke pelanggan dengan mendapat keuntungan. Merekrut adalah melantik orang bawahan kita juga dipanggil downlines dengan mendapat imbuhan dari apa yang dibuat oleh downline kita. Kedua-duanya memerlukan kemahiran untuk membuatnya.

Mempunyai kemahiran dalam jualan sahaja sudah mencukupi jika kita memberi tumpuan terhadapnya. Lagi bagus jika kita mempunyai kedua-duanya baik  jualan mahupun merekrut. Bagi mereka yang betul-betul merancang dan yang ada plan tindakan yang betul, MLM mampu memberi pendapatan lumayan dan mereka mampu memiliki kereta dan rumah yang besar.

Produk dan plan pemasaran juga memainkan peranan kerana dalam dunia MLM pesaingan sangatlah sengit. Produk yang bagus dan plan yang menarik dan fleksibel mampu menarik ramai peserta untuk menyertai sesuatu syarikat. Ini kerana peserta MLM adalah juga pelanggan.

MLM adalah satu industri. Industri MLM ini telah lama berkembang di nagara kita ini. Ramai yang sudah berjaya dan ada yang sudah sampai ke perengkat jutawan. Tetapi ramai juga yang telah mencemar nama baik industri MLM ini dengan menyediakan berbagai plan yang bukan-bukan dengan janji-janji yang tidak pernah ditunaikan. Jauhkan diri kita dari syarikat-syarikat sebegini yang hanya tahu kutip duit peserta dan hilang selepas beberapa bulan.

Saturday, 5 December 2015

Mencari Duit Lebih Melalui Pemasaran Affiliate

http://www.sellhealth.com/ct/295606

Jalan untuk mencari duit lebih memangnya banyak, terpulanglah kepada kita bagaimana mencarinya. Kalau kita ada computer dan talian internet, peluang untuk kita mencari duit tambahan memang banyak sekali.

Bermacam-macam cara kita boleh dapatkan wang tambahan melalui internet ataupun secara online. Ada yang memerlukan modal ada yang tidak. Menjual barangan affiliate adalah satu cara kita membuat duit lebih tanpa menggunakan modal.

Kalau kita hendak berdaftar sebagai affiliate tidaklah begitu susah sangat, isi sahaja borang yang disediakan dan hantar. Sesetengah syarikat memerlukan beberapa hari untuk mempertimbangkan permohonan kita. Dan ada yang terus meluluskannya.

Monday, 15 December 2014

Bagaimana Buat Duit Dengan CPA ( Cost Per Action)


Saya sudah lama intai-intai dan dok kaji tentang CPA atau Cost Per Action ini, tetapi terus terang saya beritahu bahawa saya memang tak faham langsung pada mulanya. Saya cuba belajar dari forum-forum yang ada tentang CPA dan dapatlah belajar sedikit sebanyak tentangnya, itu pun tak banyak yang saya dapat. Apa itu CPA ( Cost Per Action )? Untuk jawapan yang mudah bagi saya ialah - Mendapat bayaran tertentu banyaknya dengan megerjakan atau membuat sesuatu tindakan untuk syarikat atau barang tertentu. Contohnya, menggalakkan pelanggan mengklik dan memberi email atau apa yang diperlukan supaya syarikat membuat tindakan susulan terhadapnya dengan memberi hadiah atau sebagainya. Apabila pelanggan memberi sahaja apa yang diperlukan, kita sendiri sebagai Publisher atau Affiliate akan dapat komisyennya. Kalau kita betul-betul kaji dan faham tengtang cara pemasaran CPA ini, ianya memang mudah dan memang kita akan buat duit dengan banyak sekali jika kita mempromosinya dengan betul. Ramai yang sudah mencapai pendapatan sehingga lima angka dengan senang sahaja, itu sahaja yang saya tahu.

Saturday, 17 May 2014

Panduan Berniaga Soya -- Siri Dua

Berniaga Air Soya & Tau Fu Fa
Dalam siri satu yang lalu, saya berjanji akan memberi tips tentang cara memproses air kacang soya dan juga tau fu fa. Inilah cara-cara nya seperti dibawah ini: Panduan ini bagi mereka yang ingin berniaga air kacang soya.

Cara Memproses Air Kacang Soya
Menggunakan 1 kilogram kacang soya bersama samada 16 atau 14 atau 12 dan ada yang menggunakan 10 kilo air atau liter air. Bergantung kepada anda, dan untuk jualan ada yang menggunakan 1/14 dan 1/12. Saya tidak memproses ar soya yang terlalu pekat kerana ia kurang memberi citarasa soya yang sebenar. Dalam hal ini terpulanglah kepada anda.

Thursday, 20 February 2014

Tentang Buat Duit Dengan Probux

Kalau anda memang kaki internet dan selalu mencari peluang buat duit melalui online saya amat mengesyurkan anda cuba dengan laman ptc - paid to click Probux.com. Kita boleh buat duit dengan hanya klik pada iklan yang diberi. Jika anda banyak ruang masa dengan berinternet saya juga cadangkan supaya anda mendaftar dengan Probux ini dan buat duit dengannya secara seronok-seronok. Dan jika anda selalu cari peluang nak buat duit dengan internet, laman ini juga mampu memberi pulangan yang agak menguntungkan jika anda buatnya dengan betul dan menggunakan strategi tertentu. Sekurang-kurangnya duit yang kita dapat itu dapat membantu bayar bil-bil seperti air, letrik mahupun bil langganan internet kita sendiri.

Wednesday, 12 February 2014

Panduan Berniaga Soya -- Siri Satu


Salam hormat, post saya kali ini berkisar kepada perniagaan air soya dan juga taufufah. Memandangkan blog ini adalah blog mengenai  peluang perniagaan, maka saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai perniagaan ini. Saya percaya perniagaan ini dapat membantu kita menambah pendapatan kita jika kita menjalankannya dengan betul. Malah ada peniaga yang betul-betul buat duit hanya dengan berniaga air kacang soya dan taufufah, memang ramai. Pucuk pangkalnya, kita hendaklah membuat bisnes ini dengan serious dan beretika orang berniaga, kreatif dan berinovasi, mengikut sistem pemasaran yang betul, insyaallah segalanya akan berjalan lancar dan teratur.

Friday, 31 January 2014

Cari Duit Dengan Affiliate Marketing - Siri Satu.

Salam sejahtera, saya selalu mencari jalan nak buat duit lebih tidak kiralah apa jalannya asalkan ia halal dan tidak melanggar undang-undang. Setakat ini otak saya hanya tertumpu kepada online marketing kerana ia tidak banyak menggunakan modal untuk memulakannya. Bermacam-macam cara business online kalau kita betul-betul nak buat, tetapi saya lebih suka business yang kurang guna modal seperti menjadi affiliate untuk mana-mana pihak seperti Clickbank, Commission Juction, Amazon dan banyak lagi tempat-tempat lain. Untuk menjadi affiliate kita hendaklah mendaftar dengan mereka dan kebanyakannya percuma.

Tuesday, 26 November 2013

Buat Duit Dengan Pelaburan Mudah


Semua yang melabur, masing-masing nak buat duit. Kalau kita nak buat duit dengan pelaburan, kita mesti ada modal. Modal kecil atau  besar tidak apa, zaman sekarang tidak macam dulu lagi, kena ada modal besar.

Kalau dulu kita sebut sahaja pelaburan, orang biasa macam kita memang rasa tidak layak. Bukan apa, kerana yang kita tahu pelaburan itu hanya untuk orang yang berada sahaja, dan perlu guna banyak modal untuk melabur.

Sejak Amanah Saham diperkenalkan oleh kerajaan dan melalui kempen-kempen yang dilaksanakan, maka ramailah rakyat biasa macam kita ini mulai sedar tentang apa itu pelaburan.

Kita juga sedar bahawa untuk melabur tidak memerlukan modal yang banyak. Kita boleh menyimpan sambil melabur sedikit demi sedikit untuk masa depan kita.

Zaman sekarang sudah berubah, rata-rata sebut pasal pelaburan atau lebih tepat kita sebut saham. Yang penting kita sudah sedar bahawa pelaburan dapat memberi pulangan yang baik jika kita buatnya dengan betul.

Bagi saya definasi pelaburan dan saham itu ialah menyimpan duit kita dimana-mana sama ada dilaburkan atau diniagakan dan akan mendapat pulangan dengan keutungnan dalam tempuh masa tertentu.

Pandangan saya, pelaburan itu di mana-mana sahaja, tidak semestinya kita kena melabur dengan syarikat pelaburan dan dengan kerajaan sahaja.

Jenis Pelaburan Yang Halal dan Mengikut Hukum Syarak

Apa yang penting, carilah bentuk pelaburan atau saham yang diiktiraf oleh kerajaan dan halal mengikut hukum syarak. Kita juga mesti tahu dan kenalah belajar sedikit sebanyak tentang saham dan pelaburan.

Sama-sama kita pun boleh melabur sesama sendiri, jika kawan kita ada bisnes juga kita boleh melabur dengannya, tetapi hendaklah ada penjanjian tertentu dan tanggunglah risikonya sendiri.

Pelaburan adalah luas, main kutu juga boleh dibuat secara pelaburan jika kita membuat pelan secara pelaburan ( membida ) dan bukan secara simpanan. Tetapi kena ingat dari segi undang-undang.

Contohnya, sesiapa dari ahli kutu yang berkehendakkan duit lebih awal maka ia hendaklah membidanya untuk nilai terendah dan lebihan duit itu boleh disimpan sebagai tabung untuk dibahagikan kelak.

Samada kita bermain kutu ke, kongsi dan labur sesama sendiri ke, jika ia tidak melanggar undang-undang syariah bagi saya boleh saja.

Kita juga boleh bermain forex melalui internet, jika kita benar-benar mempunyai kemahirannya. Soal halal haram kita timbanglah sendiri. Kita yang main forex kita sendiri tahu di mana tempatnya yang harus dan haram.

Banyak pendapat yang bercanggah dalam hal forex ini, ada yang mengatakan ianya harus dan ada yang mengatakan haram walaupun Majlis Fatwa sendiri menyatakannya haram.

Fikir-fikirlah sendiri, pelaburan forex ini adalah hak individu itu sendiri untuk menentukannya. Kerajaan boleh kata haram, tetapi itu hak individu untuk menilaikannya.

Serupa juga judi main nombor ekor itu haram, tetapi ada kedai-kedai ekor yang  berkali-kali lebih haram. Dan  menjalankan kegiatannya berjudi dan tidak pernah kena tangkap pun? Renung dan fikirlah sendiri.

Pelaburan memang luas, kita sendiri kena menilainya mana satu yang ada ciri-ciri pelaburan dan sekali lagi dingatkan lebih baik melabur dengan syarikat -syarikat yang berdaftar dan halal  atau patuh syariah.

RahsiaUnitTrust.com

Jauhkan Diri Dari Pelaburan Yang Menipu Rakyat

Janganlah sekali kita melabur dengan syarikat yang hanya berjanji palsu akhirnya kita yang akan menyesal nanti. Organisasi penipuan sebeginilah yang banyak merosakkan industri seperti MLM dan forex.

Saya lebih rela bermain forex daripada melabur dengan syarikat pelaburan skim cepat kaya yang dijalankan oleh 'con man' yang kita tak tahu asal usulnya syarikat tersebut.

Jika saya main forex, saya sendiri yang akan tanggung risiko dan segala kerugiannya. Jika saya mendapat untung sekurang-kurangnya saya sudah bantu kerajaan kita membawa duit asing masuk ke negara kita.

Sekarang ini, syarikat-syarikat insuran juga telah banyak menyediakan perlindungan yang berunsurkan pelaburan. Ini menunjukkan masyarakat telah memberi perhatian yang agak serius tentang pelaburan samada untuk diri sendiri ataupun keluarga.

Kita juga sudah sedar betapa pentingnya pelaburan dan perlindungan untuk masa depan. Apa salahnya kita simpan walaupun tak seberapa secara konsisten demi untuk masa akan datang yang kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi.

Lebih baik kita beringat sebelum apa-apa berlaku, hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Beringatlah sebelum kena.

Pengurusan Saham Yang Lebih Teratur dan Profesional

Sebagai nasihat dari saya, jika kita ingin melabur atau bermain saham, tidak kiralah apa pelaburanya, samada bermain share, mutual fund, pasaran spot ataupun forex sekalipun :

-    Pertama sekali kita mestilah ada modal.
-    Rancang untuk membuat pelaburan tersebut.
-  Yang penting sekali kita hendaklah mempunyai pengetahuan tentang pelaburan yang kita ingin ceburi.

Dengan adanya modal, perancangan dan pengetahuan dalam pelaburan dan permainan saham ini, pengurusan saham kita akan lebih profesional lagi.

Akhir kata ….

Nak melabur kita tidak perlu takut, modal kecil pun kita sudah boleh melabur. Apapun kita kena pilihlah jenis pelaburan apa yang kita mahukan.

Kita ada bermacam-macam bentuk dan jenis saham, ada yang guna modal sikit dan ada yang banyak. Yang penting duit yang kita nak main saham itu tidak menjejaskan kehidupan harian kita.

Kita menabung dalam pelaburan untuk menyimpan supaya duit kita akan berkembang semata-mata untuk masa depan kita kedudukan ekonomi kita menjadi sekain hari semakin kukuh.
































Sunday, 17 November 2013

Berniaga Dengan Peluang Yang Ada

Bila sebut pasal berniaga, semua orang tahu apa itu berniaga. Tak payah nak cerita panjang lebar lagi mengenainya. Apa yang penting, sesuatu perniagaan yang kita jalankan itu mestilah halal dan tidak menyalahi undang-undang. Bukan susah sangat nak menjalankan perniagaan, macam-macam cara dan banyak jenis perniagaan kita boleh mulakan. Apa pun hati kita mestilah ikhlas dan jujur seperti pepatah inggeris ada menyatakan -- Honesty is the best policy.