Kita tahu salah satu cara buat duit online adalah melalui program affiliate. Ada banyak program affiliate di pasaran sebenarnya dan telah ramai juga yang buat duit dengan program seperti ini.
Affiliate adalah agen atau orang tengah yang menjual produk orang lain dan mendapat komisyen untuk dirinya.
Sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini, dinasihatkan buatlah keputusan tentang niche produk apa yang mereka ingin pasarkan.
Dan ini agak penting juga untuk memilih program affiliate mana yang sesuai bagi membantu kita untuk mempromosikan barangan mereka.
Program Affiliate Yang Mudah dan Mesra
Carilah program affiliate percuma yang ada ciri-ciri flexibility. Maksudnya yang mudah daftar, komisyen berpatutan, bahan pemasaran yang lengkap dan juga latihan.
Syarikat pengeluar yang mesra pelanggan juga harus diambil kira. Begitu juga dengan Pengurus Affiliate yang mesra dan mudah memberi nasihat dan pertolongan.
Ada juga syarikat pengeluar produk menguruskan program afiiliate mereka sendiri. Mereka mampu memberi komisyen yang tinggi dan berpatutan.
Pengalaman saya, syarikat pengeluar produk kesihatan lelaki dan wanita mampu memberi komisyen yang tinggi lagi lumayan, dan kebanyakan mereka dari syarikat luar. Komisyen juga berbentuk US Dollar.
Ciri-Ciri Affiliate Yang Digemari
Tidak ramai yang ingin membuat duit melalui affiliate secara santai. Kebanyakannya mencari duit lebih mempunyai matlamat sama ada untuk menyelesaikan masalah, naikkan taraf ekonomi dan gaya hidup.
Mempunyai rangkaian internet, laptop dan smartphone ramai yang sudah ada. Tetapi nak buat duit secara percuma di internet melalui pemasaran affiliate masih ramai lagi yang belum tahu.
Mereka ini termasuk diri saya sendiri, lebih gemar mencari platform affiliate terutamanya di Malaysia, dan yang mudah untuk memulakannya.
Dari pengalaman saya, apa yang selalu dicari oleh pencari duit tambahan dari platform affiliate ialah yang bercirikan seperti berikut :
1. Platform affiliate yang mudah untuk didaftar, kelulusan segera atau tidak terlalu lama.
2. Barang pemasaran untuk orang ramai.
3. Pemasaran e-dagang.
4. Platform yang tidak memerlukan blog atau laman web sendiri.
5. Yang senang buat promosi melalui laman social media.
6. Ada platform membayar komisyen yang cepat.
7. Cara pembayaran duit komisyen yang mudah.
8. Ada platform menyediakan kemudahan pemasaran yang lengkap.
9. Ada yang memberi latihan atau tutorial tentang pemasaran.
10. Platform yang tidak mempunyai kerenah yang banyak sangat.
11. Memberi panduan affiliate.
Di bawah ini adalah senarai 6 program affiliate terbaik percuma luar dan tempatan yang patut dikaji jika anda ingin mencuba program buat duit online.
1. Sellhealth.com
- Program affiliate yang cukup mantap dari USA. Mengendalikan barangan kesihatan untuk lelaki dan wanita, produk untuk kuruskan badan dan berbagai lagi.
- Senang daftar dengan dan mendapat kelulusan.
- Mempunyai banyak testimoni yang positif dari pelanggan dan juga kajian positif dari para doktor.
- Mendapat kelulusan dari FDA.
- Bahan pemasaran yang cukup lengkap dan mantap.
- Boleh buat bayaran menggunakan paypal.
- Buat duit dalam USD
- Senang daftar dengan dan mendapat kelulusan.
- Mempunyai banyak testimoni yang positif dari pelanggan dan juga kajian positif dari para doktor.
- Mendapat kelulusan dari FDA.
- Bahan pemasaran yang cukup lengkap dan mantap.
- Boleh buat bayaran menggunakan paypal.
- Buat duit dalam USD
Untuk memohon sebagai Affiliate di sini, sellhealth.com
2. Affiliate Lazada
- Program affiliate Lazada versi baru bertukar tangan dari yang dulu, kini mengendalikan affiliate Lazada.
- Perlu mendaftar sebagai pembeli lebih dahulu.
- Senang memohon tetapi kadangkala membuat pertimbangan agak makan masa yang lama.
- Maklumat penuh diperlukan semasa memohon termasuk butir-butir dari bank.
- Mempunyai bahan pemasaran yang lengkap.
- Lengkapkan apa yang diperlukan, senang mendapat kelulusan.
- Program ini dianggap salah satu yang terbaik bagi saya.
- Peluang dan mudah buat duit sebagai affiliate.
- Lubuk buat duit online.
- Salah satu yang popular, sebagai ‘orang tengah’ mengendalikan puluhan syarikat atau merchant berdaftar termasuk juga Shopee dan Lazada.
- Memerlukan website atau media social untuk berdaftar.
- Memberi kelulusan di tahap senang dan sederhana dengan menambil masa yang agak cepat.
- Bagaimanapun anda terpaksa memohon mendaftar semula bagi sesetengah merchant sebagai tapisan, walaupun anda sudah diterima sebagai Publisher.
- Juga dianggap salah satu terbaik bagi saya
Untuk memohon sebagai Publisher di sini, involveasia.com
4. Accesstrade
- Sebagai ‘orang tengah’ mengendalikan banyak juga syarikat pengiklan atau merchant termasuk Shopee.
- Memberi kelulusan affiliate di tahap senang dan sederhana kadang-kala makan masa.
- Memerlukan website untuk berdaftar.
- Bahan pemasaran yang cukup untuk menarik pelanggan.
Untuk memohon sabagai Publisher di sini, accesstrade.com
5. Tudung Si Comel
- Popular dalam pasaran tudung.
- Memohon menjadi affiliate terus kepada syarikat dan mudah mendapat kelulusan.
- Tudung mempunyai pasaran yang luas, terutamanya pasaran kanak-kanak.
- Bonus RM 30 di tambah kepada komisyen affiliate RM 100 pertama.
- Menyediakan bahan bacaan ebook yang memang dicari-cari oleh pembaca dan mudah dijual.
- Mudah daftar sebagai affiliate.
- Memberi komisyen yang agak tinggi
- Produk ebook yang mudah dan sesuai untuk diselitkan ke kebanyakan konten.
Daftar affiliate di sini, klikjer.com
Senarai program affiliate di atas boleh dikatakan antara yang terbaik dan fleksibil. Anda boleh mulakan dengan program di atas dengan mula mendaftar sebagai affiliate.
Sesiapa sahaja yang ingin menjadikan program affiliate sebagai titik permulaan bisnis secara online boleh mencuba dengan menjadi rakan affiliate dari mana-mana, yang penting ia percuma.
Dalam zaman cyber yang serba maju ini, mencari dan untuk mendapatkan duit sangat mudah bagi yang mengetahujnya. Tetapi ramai lagi yang tercari-cari seperti saya juga ingin menjadi seperti mereka yang sudah berjaya buat duit dengan affiliate.
Kejayaan tidak datang menggolek walaupun ia mudah, kita kena mencarinya dan buat apa yang sepatutnya kita kena buat untuk mencapai kejayaan.
EmoticonEmoticon