Saturday, 17 May 2014

Panduan Berniaga Soya -- Siri Dua

Berniaga Air Soya & Tau Fu Fa
Dalam siri satu yang lalu, saya berjanji akan memberi tips tentang cara memproses air kacang soya dan juga tau fu fa. Inilah cara-cara nya seperti dibawah ini: Panduan ini bagi mereka yang ingin berniaga air kacang soya.

Cara Memproses Air Kacang Soya
Menggunakan 1 kilogram kacang soya bersama samada 16 atau 14 atau 12 dan ada yang menggunakan 10 kilo air atau liter air. Bergantung kepada anda, dan untuk jualan ada yang menggunakan 1/14 dan 1/12. Saya tidak memproses ar soya yang terlalu pekat kerana ia kurang memberi citarasa soya yang sebenar. Dalam hal ini terpulanglah kepada anda.



Caranya:
Saya menggunakan kaedah 1/16 untuk memproses air kacang soya ini.
-Kacang soya seberat 1 kilogram di rendam selama 5-6 jam. Kalau boleh jangan melebihi dari 6 jam kerana boleh memudahkan air kacang soya itu cepat basi.
-Setelah rendam, kacang soya itu perlu dibasuh dan tanggal dan buanglah kulitnya sebanyak mungkin. Seterusnya kacang soya tersebut di toskan.
-Jika anda menggunakan blender biasa campurkan kacang soya dan air yang telah diukur dan blendlah sehingga habis. Saya syorkan hampas dari blend pertama anda blendlah sekali lagi. Kerana ia boleh menambahkan lagi kepekatan kepada air kacang soya anda. Semasa membuat perahan seelok-eloknya anda perahlah dengan kuat untuk mendapat air soya yang maksima.
-Setelah kesemuanya siap, anda masukkan air soya tadi kedalam periuk yang sesuai besarnya untuk dimasak. Untuk dapur biasa, saya mengesyorkan anda gunakan api yang rendah atau sederhana. Ia juga memakan masa yang agak lama untuk mendidih tetapi itulah yang paling baik dan anda akan dapat air kacang soya yang berkualiti tinggi.
-Untuk permulaan anda perlulah memerhati dan menanti air kacang soya untuk mendidih. Anda tidak perlu menunggu lama untuk menutup api semasa air kacang soya anda mendidih. Jika dibiarkan ia  mendidih terlalu lama ia akan mengakibatkan air soya anda menjadi hangit.
-Setelah sahaja air soya anda mendidih, anda campurkanlah dengan garam secukup rasa untuk menjadikan air kacang soya anda itu lebih lemak lagi. Anda boleh juga rendamkan daun pandan semasa memasak air soya anda untuk mendapatkan wanginya.

Untuk Pengetahuan Anda - Jika Anda Seorang Peniaga
-Gunakan resepi 1/14 atau 1/12 jika anda campurkan air soya bersama ice cube terlalu awal kedalam balang soya. Jika anda campurkan ice cube kemudian atau ketika permintaan pelaggan anda boleh gunakan resepi 1/16 atau 1/14.

Resepi

1 kilogram kacang soya
16 kilogram air atau liter air

Pelanggan
Sepengalaman saya, pelanggan adalah berbagai, ada yang membeli soya untuk dibawa balik untuk diminum, ada yang hendak diminum disitu juga dan ada yang membelinya untuk dijadikan produk soya yang lain contohnya membuat taufu telur. Bagi soya bungkus panas saya selalu tidak campukannya sekali gus dengan gula. Untuk gula saya bungkusnya berasingan. Jadi, pelanggan mempunyai banyak pilihan intuk jadikan soya yang dibeli dari kita.

Cara Membuat Tau Fu Fa
Untuk membuat Tau Fu Fa, saya menggunakan resepi berikutnya:

500 gm kacang soya
8 kilo air atau liter
2 sudu teh GDL - Sedikit melebihi paras sudu
8 oz air suam kuku - campuran air panas dan sejuk

Caranya:
-Rendam kacang soya 4-5 jam
-Selepas rendam, basuh dan buang kulitnya sebanyak mungkin dan toskannya.
-Blender campuran air dan kacang soya dan blender sekali lagi hampasnya.
-Perah dengan kuat untuk mendapat susu yang maksima.
-Masak susu kacang soya yang telah diperah dengan api dapur biasa sederhana - Dapur biasa selalunys mengambil masa dalam lebih kurang 25 minit. Untuk pengalaman pertama elok anda tunggu didapur hingga ia mendidih dan catatkan masanya.
-Semasa memasak air kacang soya campurkan GDL ke dalam bekas yang berisi 8 oz air suam kuku dan kacau sehingga larut hingga tidak nampak warna keputihan. Kemudian tuangkan air air suam kuku bersama GDL tadi  kedalam bekas secukup besar untuk mengisi tau fu fa nanti.
-Semasa sedang memasak elok buangkanlah buih yang terdapat dipermukaan air kacang soya tersebut.
-Tunggu sampai air kacang soya mendidih sepenuhnya dan tuanglah air kacang soya yang mendidih sepenuhnya itu kedalam bekas yang telah diisi dengan campuran air suam kuku dengan GDL tadi. Perlu dingat, air kacang soya yang dituang itu tidak boleh terputus-putus dan paras tingginya meja kalau boleh. Setelah air soya dituang habis, cepat-cepat gunakan tapis dan buang buih yang berada di permukaan air soya yang telah dituang itu secepatnya. Tutup bekas dengan rapat
dan sebolehnya tudung hendak berbalut dengan kain bersih untuk menjerap wap dalam bekas tersebut.
-Tunggulahl sekurang-kuranya 1/2 jam untuk biarkan ia membeku.


EmoticonEmoticon