Tuesday, 22 December 2015

Berniaga Nasi Lemak Menguntungkan

Tags


Kerap kali kita tengok dalam drama TV orang yang menjual nasi lemak itu terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal miskin dan pendek kata kebanyakannya  orang miskinlah yang menjual nasi lemak. Tetapi hakikatnya hari ini, kita boleh lihat penjual nasi lemak kebanyakannya tidak lagi seperti yang  digambarkan dalam drama melayu kita.

Ada penjual nasi lemak mampu meraih keuntungan sahaja sebanyak lebih kurang dalam 2 hingga 3 ratus sehari. Itu adalah fakta yang saya sendiri tahu. Bagaimana dengan yang lain-lain lagi, ada yang mungkin dapat lebih? Malah sudah banyak penjual nasi lemak kini adalah mereka yang masih bekerja dan ada yang bertaraf eksekutif.

Jika anda membuat 500 bungkus nasi lemak dengan harga RM 1.20 setiap bungkus  untuk dihantar ke kedai-kedai setiap hari, agak-agak banyak manakah  untung yang kita dapat? Kita ambil untung pukul ratanya sebulan. Agak-agak berapakah modal yang harus dikeluarkan untuk menghasilkan 500 bungkus itu? Modal  mungkin tidak sampai RM 150.00 , tolak itu dan ini, cuba anda agak berapa untung yang diperolehi.

Saya kenal seorang kawan, seorang penjual nasi lemak dengan menghantar ke kedai-kedai, kantin dan lain-lain mampu memilki rumah, van sebiji dan 2 biji kereta termasuk kereta suami. Anak-anak mereka semua bersekolah menengah dan mempunyai motorsikal sendiri. Ada astro dan berwifi di rumah. Saya amat kagum dengannya.

Peluang bagi mereka yang ingin berniaga nasi lemak atau nasi lemak bungkus masih luas walaupun ramai yang telah membuatnya. Pasaran nasi lemak tidak akan tepu selagi selera  masyarakat kita masih lagi terikat dengan kesedapan dan kenikmatan nasi lemak.


EmoticonEmoticon