Nak buat perniagaan t-shirt tanpa modal bukanlah hanya cakap-cakap saja, masih ada lagi cara nak buat bisnis ini langsung tak guna modal walaupun satu sen pun.
Ada beberapa cara tanpa modal jika nak buat bisnis t-shirt ini, Cuma mahu atau tak mahu saja. Hendak seribu daya.
Kita boleh berniaga t-shirt menggunakan POD, dropship dan juga secara menjadi affiliate. Tidak ada masalah sebenarnya.
Zaman sekarang ini, kalau kita dapat berniaga dengan lancar tanpa modal pun sudah kira bagus. Apatah lagi kalau kita dapat pasarkannya secara online mahupun offline.
Dan yang paling syoknya kita sendiri tak perlu ada kemahiran melukis untuk buat desain, jikalau kita tahu mencari niche t-shirt yang dicari oleh pelanggan.
Zaman sekarang, berpakaian tee sudah menjadi trend yang semestinya pada seseorang itu. Kebanyakan orang memakai t-shirt dan boleh dikatakan terlalu ramai orang memakainya.
Ada orang suka t-shirt jenis tulisan, ada juga yang suka jenis pemandangan dan ada yang suka jenis grafik dan sebagainya. Masing-masing ada kehendak mereka tersendiri.
Espek Pemasaran
Pasaran t-shirt sangat luas sebenarnya, kalau tidak manakan begitu ramai orang berniaga t-shirt. Jual t-shirt di pasar malam, di kedai dan gedung pakaian dan banyak juga secara online.
Yang baiknya, berniaga t-shirt ini kita boleh memasarkannya dengan kedua-dua cara sama ada online ataupun online. Cara dropship juga kita boleh buat secara offline dan online.
Menggunakan khidmat syarikat POD atau Print On Demand juga membuka ruang yang luas jika kita ingin berniaga t-shirt secara sekali gus iaitu online dan offline.
Berniaga cara ini seharusnya kita hendaklah berfikir di luar kotak sedikit kerana kita mestilah lakukan pemasaran kita cara yang orang lain belum buat.
Sesuatu benda yang orang lain belum buat dan kita mulakan dahulu sememangnya akan beri kelebihan dalam bisnis kita, walaupun dalam perniagaan t-shirt.
Kita boleh mengambil order secara individu, kumpulan untuk murid-murid sekolah dan dari organisasi. Yang penting kita hendaklah cipta keperluan untuk pelanggan kita.
Perkhidmatan Percetakan T-Shirt Caru Baru
Di Malaysia sudah ada beberapa syarikat percetakan yang buat bisnis cara POD – Print On Demand. Ada di antara mereka ini ada yang meyediakan Web Storenya sekali dengan percuma.
Bagi yang ingin mencuba buat bisnis dengan t-shirt ini tidak perlu risau kerana segala-galanya sudah ada di depan mata. Apa yang perlu ada komputer atau handset dan internet, sebaik-baiknya wifi.
Kita boleh mulakan dengan menggunakan khidmat syrikat POD. Syarikat ini menyediakan template dan platform untuk membuat desain.
Segala desain yang dah siap kita hanya perlukan simpan dan mempromosinya melalui blog kita, media social atau webstore kita sendiri.
Apabila ada order, segala bayaran dari pelanggan kita serahkan kepada syarikat POD dan mereka akan proses t-shirt dan kemudian membuat penghantaran kepada pelanggan kita
Bagi syarikat yang sedia ada web storenya sendiri, lebih senang lagi jikalau kita nak berurusan. Urusan seperti proses percetakan dan penghantaran dilakukan oleh mereka. Kita cuma sediakan desain sahaja.
Di sini ada 2 syarikat yang menyediakn seperti apa yang saya terangkan dan saya sendiri meyertainya. Anda perlu google saja untuk mencari syarikat tersebut.
1. Famsy store.
2. Shiroprint Malaysia.
Jika anda mahukan t-shirt anda lebih creatif lagi tetapi anda tidak mempunyai kemahiran design, anda boleh mulakan desain anda di Canva.com dan Gravit Designer dengan percuma.
Akhir kata ..
Kenapa saya lebih suka buat bisnis dengan mereka ini ? Ini kerana mereka adalah syarikat POD tempatan. T-shirt yang kita boleh jual juga mengikut harga standard Malaysia, ianya tidak mahal.
Dan yang lagi best sebenarnya, kita boleh mulakan perniagaan ini dengan tidak payah menggunakan modal walaupun satu sen pun.