Monday, 15 December 2014

Bagaimana Buat Duit Dengan CPA ( Cost Per Action)


Saya sudah lama intai-intai dan dok kaji tentang CPA atau Cost Per Action ini, tetapi terus terang saya beritahu bahawa saya memang tak faham langsung pada mulanya. Saya cuba belajar dari forum-forum yang ada tentang CPA dan dapatlah belajar sedikit sebanyak tentangnya, itu pun tak banyak yang saya dapat. Apa itu CPA ( Cost Per Action )? Untuk jawapan yang mudah bagi saya ialah - Mendapat bayaran tertentu banyaknya dengan megerjakan atau membuat sesuatu tindakan untuk syarikat atau barang tertentu. Contohnya, menggalakkan pelanggan mengklik dan memberi email atau apa yang diperlukan supaya syarikat membuat tindakan susulan terhadapnya dengan memberi hadiah atau sebagainya. Apabila pelanggan memberi sahaja apa yang diperlukan, kita sendiri sebagai Publisher atau Affiliate akan dapat komisyennya. Kalau kita betul-betul kaji dan faham tengtang cara pemasaran CPA ini, ianya memang mudah dan memang kita akan buat duit dengan banyak sekali jika kita mempromosinya dengan betul. Ramai yang sudah mencapai pendapatan sehingga lima angka dengan senang sahaja, itu sahaja yang saya tahu.



Dari fahaman saya, walaupun senang untuk buat duit dengan CPA, ada juga liku-liku yang kita perlu tempuhi dalam bidang ini. Bidang ini memang mampu memberi pendapatan lumayan, tetapi bukan untuk semua orang. Bidang ini sebenarnya boleh memberi pendapatan yang lumayan hanya kepada mereka yang ingin bekerja keras, berani, sifat mahu belajar dan ada pengetahuan, berfikir
diluar kotak dan ada modal dan sanggup pula mengeluarkannya. Saya juga pernah dengar ada orang yang berjaya dalam bidang ini dan mencapainya dengan modal yang amat minima sekali. Saya juga percaya kita boleh pergi jauh dalam bidang ini dengan modal yang minima dan kosong, tetapi ianya akan memakan masa yang panjang. Selain faktor diatas, perkara lain juga boleh menghalang  atau melambatkan lagi proses kejayaan seseorang itu dari berjaya dalam bidang CPA ini seperti tidak dapat berdaftar dengan syarikat pengendali CPA - CPA Networks.

Untuk mendaftar dengan CPA Networks bukan juga perkara yang mudah. Kita perlu ada pra syarat tertentu untuk boleh diterima sebagai Publisher mereka. Selalunya mereka akan terima pemohon yang berpengalan dalam bidang ini dan pemasaran affiliate. Mereka juga mengutamakan pemohon yang mempunyai laman web sendiri. Ada network yang memerlukan pemohon yang mampu menunjukan kebolehan dalam SEO, laman web, berpengalaman dalam pemasaran internet, cukup modal untuk membuat PPC dan ada yang memerlukan temuduga melalui telefon. Segala syarat-syarat seperti diatas memang menyulitkan para pemohon, namun ada juga CPA Networks yang kurang memberi tumpuan sepenuhnya kepada syarat-syarat seperti yang saya jelaskan tadi. Saya sendiri baru sahaja bermula dengan beberapa networks tersebut dan diterima sebagai Publisher. Syukur Alhamdullillah. Saya juga sedang berfikir cara dan bagaimana untuk bermula dengan pesaran CPA ini. Saya amat percaya, dengan usaha bersungguh-sungguh tanpa henti ( Istiqamah) kita akan berjaya juga.

CPA Networks begitu banyak sekali  dan anda boleh mencarinya dan pilih mana yang anda suka. Dibawah ini saya senaraikan CPA Networks yang saya mendaftar sebagai Publisher dan diterima dengan tanpa banyak syarat, anda juga boleh mencubanya:

Peerfly
Maxcpa
Firecpa
Ascend Media
Cpalead
Cpaway

Saya baru sahaja bermula, saya akan sampaikan segala pengalaman saya dan ceritakan kepada anda. OK, setakat ini saja dahulu., bye. Sharing Is Caring.


EmoticonEmoticon