Showing posts with label Berniaga. Show all posts
Showing posts with label Berniaga. Show all posts

Tuesday, 29 September 2020

Cara Nak Buat T-Shirt Dan Berniaga Tanpa Modal


Nak buat perniagaan t-shirt tanpa modal bukanlah hanya cakap-cakap saja, masih ada lagi cara nak buat bisnis ini langsung tak guna modal walaupun satu sen pun.
 

Ada beberapa cara tanpa modal jika nak buat bisnis t-shirt ini, Cuma mahu atau tak mahu saja. Hendak seribu daya.
 

Kita boleh berniaga t-shirt menggunakan POD, dropship dan juga  secara menjadi affiliate. Tidak ada masalah sebenarnya.
 

Zaman sekarang ini, kalau kita dapat berniaga dengan lancar tanpa modal pun sudah kira bagus. Apatah lagi kalau kita dapat pasarkannya secara online mahupun offline.
 

Dan yang paling syoknya kita sendiri tak perlu ada kemahiran melukis untuk buat desain, jikalau kita tahu mencari niche t-shirt yang dicari oleh pelanggan.
 

Zaman sekarang, berpakaian tee sudah menjadi trend yang semestinya pada seseorang itu. Kebanyakan orang memakai t-shirt dan boleh dikatakan terlalu ramai orang memakainya.
 

Ada orang suka t-shirt jenis tulisan, ada juga yang suka jenis pemandangan dan ada yang suka jenis grafik dan sebagainya. Masing-masing ada kehendak mereka tersendiri.
 

Espek Pemasaran
 

Pasaran t-shirt sangat luas sebenarnya, kalau tidak manakan begitu ramai orang berniaga t-shirt. Jual t-shirt di pasar malam, di kedai dan gedung pakaian dan banyak juga secara online.
 

Yang baiknya, berniaga t-shirt ini kita boleh memasarkannya dengan kedua-dua cara sama ada online ataupun online. Cara dropship juga kita boleh buat secara offline dan online.
 

Menggunakan khidmat syarikat POD atau Print On Demand juga membuka ruang yang luas jika kita ingin berniaga t-shirt secara sekali gus iaitu online dan offline.
 

Berniaga cara ini seharusnya kita hendaklah berfikir di luar kotak sedikit kerana kita mestilah lakukan pemasaran kita cara yang orang lain belum buat.
 

Sesuatu benda yang orang lain belum buat dan kita mulakan dahulu sememangnya akan beri kelebihan dalam bisnis kita, walaupun dalam perniagaan t-shirt.
 

Kita boleh mengambil order secara individu, kumpulan untuk murid-murid sekolah dan dari organisasi. Yang penting kita hendaklah cipta keperluan untuk pelanggan kita.
 

Perkhidmatan Percetakan T-Shirt Caru Baru
 

Di Malaysia sudah ada beberapa syarikat percetakan yang buat bisnis cara POD – Print On Demand. Ada di antara mereka ini ada yang meyediakan Web Storenya sekali dengan percuma.
 

Bagi yang ingin mencuba buat bisnis dengan t-shirt ini tidak perlu risau kerana segala-galanya sudah ada di depan mata. Apa yang perlu ada komputer atau handset dan internet, sebaik-baiknya wifi.
 

Kita boleh mulakan dengan menggunakan khidmat syrikat POD. Syarikat ini menyediakan template dan platform untuk membuat desain.
 

Segala desain yang dah siap kita hanya perlukan simpan dan mempromosinya melalui blog kita, media social atau webstore kita sendiri.
 

Apabila ada order, segala bayaran dari pelanggan kita serahkan kepada syarikat POD dan mereka akan proses t-shirt dan kemudian membuat penghantaran kepada pelanggan kita
 

Bagi syarikat yang sedia ada web storenya sendiri, lebih senang lagi jikalau kita nak berurusan. Urusan seperti proses percetakan dan penghantaran dilakukan oleh mereka. Kita cuma sediakan desain sahaja.
 

Di sini ada 2 syarikat yang menyediakn seperti apa yang saya terangkan dan saya sendiri meyertainya. Anda perlu google saja untuk mencari syarikat tersebut.
 

1.    Famsy store.
2.    Shiroprint Malaysia.
 

Jika anda mahukan t-shirt anda lebih creatif lagi tetapi anda tidak mempunyai kemahiran design, anda boleh mulakan desain anda di Canva.com dan Gravit Designer dengan percuma.

Akhir kata ..
 

Kenapa saya lebih suka buat bisnis dengan mereka ini ? Ini kerana mereka adalah syarikat POD tempatan. T-shirt yang kita boleh jual juga mengikut harga standard Malaysia, ianya tidak mahal.
Dan yang lagi best sebenarnya, kita boleh mulakan perniagaan ini dengan tidak payah menggunakan modal walaupun satu sen pun.

Thursday, 17 September 2020

Panduan Berniaga Kerepek Cheese Kulit Popia Bercili Menguntungkan



Memang betul, kerepek popia cheese bercili bukan sekadar dikunyah begitu sahaja,  ia juga boleh mendatangkan hasil apabila diusahakan dengan betul dan tekun.

Yang bestnya, bahan-bahan yang kita nak buat kerepek cheese kulit popia ini senang dicari. Boleh dikatakan rata-rata kedai ada menjualnya. Bahan-bahan seperti kulit popia, serbuk chili, gula icing sudah cukup untuk kita mulakan perniagaan ini.

Dan lagi, kueh-kueh yang bersalutkan cheese sudah menjadi satu trend kegemaran masyarakat kita. Penambahan cheese pada sesuatu makanan snek itu menjadikan makanan  itu istimewa.

Rasanyapun tak payah ceriatalah, memang sedap. Kerepek kulit popia cheese bercili yang simple ini memang menjadi kegemaran ramai, terutamanya pelajar sekolah.

Bukan setakat pelajar sahaja yang suka, malah pekerja pejabat pun sudah ramai yang meminatinya. Pekerja pejabat memang suka makanan jenis snek macam kerepek kuli popia cheese bercili ini.

Bagi mereka yang tak ada gigi rasanya tidak susah sangat nak menikmatinya kerana kerepek popia cheese ini boleh dimamah perlahan-lahan begitu sahaja.

Kita boleh saja makan kerepek popia cheese ini pada bila-bila masa sahaja. Semasa menonton tv, bersembang dengan kawan atau tetamu.

Kalau dah tidak ada makanan lain di tengah malam, kerepek ini pun jadi juga. Makanan ini amat sesuai bagi mereka yang tidur lewat.

Pendek kata kerepek popia cheese ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja, dan tidak kira di mana tempatnya. Ia tidak merumitkan.

Kalau anda ingin berniaga atau tak pernah buat kerepek popia cheese ini, di sini saya berikan resepinya yang cukup simple sekali.

Resepi

:
-    Kulit popia
-    Serbuk cheese
-    Gula icing
-    Serbuk cili

Cara Membuat :

-    Potong kulit popia berbentuk segi 4 atau bergulung mengikut saiz yang dikehendaki.

-    Kemudian goreng kulit popia yang telah dipotong itu dengan minyak yang banyak sehingga warnanya agak keemasan.

-    Ramuan serbuk cheese, serbuk cili dan gula icing digaul hingga serata di dalam mangkuk berasingan.

-    Kemudian kulit popia yang telah digoreng itu digaulkan sekali dengan ketiga-tiga bahan tadi sehingga ia meliputi sepenuhnya.

-    Akhir sekali makanan ini boleh sahaja di hidangkan atau dipekkan untuk diniagakan.



Sedikit Ulasan

Projek ini adalah viable, boleh mendatangkan keuntungan. Kiraan secara kasar dibuat ia boleh beri untung melebihi 80% kalau mengikut jualan 10 peket yang berharga 1 untuk RM 1.

Anak saya mampu menjual 20 peket sehari di sekolahnya. Saya rasa 20 peket sehari secara pukul rata cukup untuk membantu dirinya setelah ditolak segala kos yang bersangkutan.

Jika ingin berniaga kerepek popia cheese bercili ini, bahan seperti pembungkus plastik kecil atau sederhana, penimbang kecil dan sealer machine.

Anda boleh dapat Plastic Sealer Machine di sini dengan murah

Wednesday, 27 January 2016

Perkhidmatan Memotong Rumput

Salah satu perniagaan jenis perkhidmatan yang mudah ialah memotong rumput. Jika anda menjalankan perniagaan jenis ini, pertama sekali anda tidak payah mengeluarkan modal besar untuk memiliki sebuah mesin rumput. Anda boleh memilikinya dengan wang yang tak sampai RM 300.

Dengan sebuah mesin rumput inilah anda boleh memulakan perkhidmatan ini. Bayangkan anda boleh menambah pendapatan anda tetapi anda hendaklah rajin. Anda boleh juga membuatnya secara sepenuh masa.

Cara mempromosi perkhidmatan ini tidaklah susah sangat. Anda boleh buat banner dan lekatkan di pokok-pokok, tiang-tiang di tepi jalan dan anda boleh menghantar risalah-risalah mengenai perkhidmatan anda dari rumah ke rumah.

Salah satu cara paling baik ialah anda sendiri pergi ke rumah-rumah dan menawarkan perkhidmatan anda. Tetapi cara ini anda harus kena ingat bahawa perwatakan atau personality mestilah kena jaga. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku, maklum sajalah.

Barang yang perlu anda memiliki untuk menjalankan perkhidmatan ini:

1. Mesin rumput - Menggunakan minyak petrol dan minyak 2 T.

2. Perkakas untuk mesin rumput yang lengkap - Pisau pemotong dan tali pemotong mestilah disediakan.

3. Kenderaan sekurang-kurangnya basikal. Lebih baik kenderaan bermotor.

4. Siapkan banner atau bunting untuk iklan. Juga buatlah risalah untuk diedarkan ke kawasan perumahan dan sebagainya.

Membuat perkhidmatan mesin rumput ini, prospek anda tidak akan berhenti di situ sahaja. Anda boleh mengembangkan lagi perkhidmatan anda sebagai kontraktor mesin rumput. Apa yang anda perlu buat cuma mendaftar syarikat dan ambil kerja-kerja lebih banyak lagi.


Tuesday, 26 January 2016

Rangkaian Perniagaan Kuih Talam


Jika anda ada kepakaran dalam membuat berbagai jenis kuih talam, perniagaan ini masih terbuka luas bagi mereka yang ingin mencubanya.

Kuih seperti tepung talam, pulut sekaya atau seri muka memang menjadi kesukaan ramai sejak zaman berzaman lagi. Lagi pun hendak membuatnya pun bukanlah mudah, bukan semua orang boleh membuatnya.

Berniaga dan membuka rangkaian kuih talam memang ada potensi dan modal yang digunakanpun tidaklah terlalu banyak. Yang penting mestilah ada kemahuan dan berusaha bersungguh-sungguh.

Untuk membuka rangkaian kuih talam juga tidak begitu susah. Terdapat banyak gerai-gerai teh tarik di merata tempat, bincang sahaja dengan tuan gerai dan letak sahaja kuih dan bayar komisyen kepada tuan gerai itu.

Cari tempat yang agak strategik dan bukalah beberapa cawangan dengan menggunakan jurujual atau pekerja dan bayarlah gaji harian untuk mereka.

Bayangkan pendapatan anda jika anda mempunyai beberapa rangkaian atau cawangan gerai kuih talam, memang lumayan dan ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk menjadikan kenyataan. Yang penting ada kemahuan dan berusaha lebih.






Sunday, 3 January 2016

Buat Duit Dengan Berniaga Kopi Tenaga


Kalau nak kira berniaga, segala benda dalam dunia ini boleh diperniagakan, yang penting kita mestilah ada idea lebih sikit dan berfikiran di luar kotak bak kata orang sekarang. Kita hendaklah rajin berusaha, dan perniagaan kita mestilah halal dari segi hukum syarak dan sah dari segi undang-undang.

Minum kopi satu trend

Berniaga kopi sahaja sekarang ini sudah membuat seseorang itu kaya. Apa tidaknya, minum kopi sudah menjadi trend zaman ini. Bukan setakat kopi biasa, malah kopi berpeket atau sachet pun sudah disukai ramai. Kopi sachet ini memang mempunyai ramai peminat. Tengok saja di gerai-garai dan kedai-kedai kopi berlambak tergantung bermaca-macam jenis kopi.

Potensi berniaga kopi

Perniagaan kopi memang mempunyai prospek yang tinggi dan berpotensi. Sesiapa sahaja boleh mencuba dalam bidang ini dan ianya tidaklah terlalu susah. Yang penting, ramuan kopi mestilah baik, berkualiti dan dapat memberi kesan baik kepada peminumnya tanpa memberi sebarang kesan sampingan.

Untuk memproses kopi ini kita tidak semestinya memiliki kilang kopi, kalau ada amat baik sekali. Banyak juga kilang memproses kopi jenis OEM terdapat di Malaysia ini. Kita cuma ciptakan ramuan kopi ini dan serahkan kepada kilang sebegini,

Kita boleh cipta brand kita sendiri dan buat pemasaran bersendiri, tidak ada siapa akan menghalang asal jangan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Kopi tenaga berkhasiat

Sekarang ini penjualan kopi tenaga sudah banyak di pasaran namun potensinya masih tetap ada. Ini kerana kopi tenaga tidak sama nilai khasiatnya dengan kopi peket yang lain. Kopi tenaga ini memang bertenaga terutamanya dari segi seks.

Bahan libido dan penambah tenaga seks seperti maca, tongkat ali, tribulus terrestris(tt) dan lain-lain lagi selalu 
digunakan untuk memberi khasiat tambahan bagi mereka yang memerlukannya.

Di samping memberi tenaga batin, bahan-bahan yang terdapat dalamnya mampu memberi perjalanan darah dengan dan ada yang boleh merendahkan kadar gula dalam darah dan banyak lagi khasiat yang boleh kita dapat.

Dalam perniagaan kopi tenaga ini kita juga kena berhati-hati dengan kandungan yang terdapat di dalamnya yang boleh membahayakan kesihatan seperti kandungan steroid, sildenafil,tadanafil dan lain-lain.

Tuesday, 22 December 2015

Berniaga Ayam Goreng Seringgit Memang Laris

Semua orang tahu ayam goreng sedap, kerana daging ayam itu sendiri memangnya sedap. Kalau tidak masakan Kentucky Fried Chicken begitu terkenal sekali di seluruh dunia. Masak ayam goreng kalau kena dengan campuran resepinya memang best sekali.

Sekarang ini bukan setakat ayam goreng Kentucky sahaja yang lazat, ayam goreng seringgit yang dijual di tepi jalan dan pasar malam pun apa kurangnya. Apabila kita lalu sahaja di kawasan gerainya, baunya sahaja sudah mencukupi untuk menyatakan yang ianya sedap.

 Ada potensi

Jika berniaga ayam goreng seringgit pada masa ini memang ada potensi. Tidak kiralah di mana kita berniaga ayam goreng, yang penting tempat yang kita hendak berniaga mestilah strategik sedikit. Maksudnya tempat perniagaan hendaklah tempat yang ada laluan orang ramai dan resepinya hendaklah

Dari apa yang saya dok kaji, berniaga ayam goreng seringgit tidaklah susah sangat. Guna modal pun tidaklah beribu-ribu sangat. Beli ayam dan potonglah ikut padan patut saiznya. Buatah resepi yang ada rasa sedikit. Sediakan dapur, periok untuk masak dan benda lain-lain lagi dan jual. Memang mudah.

 Mempunyai pasaran yang luas

Bagi saya pasaran ayam goreng seringgit terlalu luas kerana tempat-tempat untuk berniaga ayam goreng tidak terbatas. Ada pasar malam, ada tepi jalan, ada kawasan perumahan, yang pentingnya kenalah cari tempat-tempat untuk berniaga yang ada potensi. Anda boleh cuba di satu tempat, kalau boleh teruskan dan kalau tidak cari di tempat lain.

 Mudah menengembangkan perniagaan

Dari gerai yang saya selalu membeli ayam goreng seringgitnya, pekerjanya memberi tahu saya yang taukenya mempunyai 6 lagi gerai ayam goreng yang sedang beroperasi. Katanya lagi ada tauke ayam goreng seringgit yang mempunyai lebih daripada 20 cawangan gerai ayam goreng seringgit. Setiap gerai ini mampu mencecah jualan 500 ketul ayam sehari dan ada yang melebihi RM 1000 jualan sehari.

Bila perniagaan ayam goreng seringgit anda ini semakin maju, cubalah buka ladang ternakan ayam daging sekadar yang mampu sekurang-kurangnya anda sendiri yang bekalkan ayam kepada perniagaan anda sendiri.

Lihatlah betapa potensinya perniagaan ini. Modal yang tidak sebanyak mana mampu memberi pulangan yang sangat lumayan. Perniagaan ayam goreng seringgit ini juga tidak perlukan kelulusan tinggi, cukup sekadar rajin, semangat ingin belajar, jujur dan ikhlas dan berdisiplin.

Berniaga Nasi Lemak Menguntungkan


Kerap kali kita tengok dalam drama TV orang yang menjual nasi lemak itu terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal miskin dan pendek kata kebanyakannya  orang miskinlah yang menjual nasi lemak. Tetapi hakikatnya hari ini, kita boleh lihat penjual nasi lemak kebanyakannya tidak lagi seperti yang  digambarkan dalam drama melayu kita.

Ada penjual nasi lemak mampu meraih keuntungan sahaja sebanyak lebih kurang dalam 2 hingga 3 ratus sehari. Itu adalah fakta yang saya sendiri tahu. Bagaimana dengan yang lain-lain lagi, ada yang mungkin dapat lebih? Malah sudah banyak penjual nasi lemak kini adalah mereka yang masih bekerja dan ada yang bertaraf eksekutif.

Jika anda membuat 500 bungkus nasi lemak dengan harga RM 1.20 setiap bungkus  untuk dihantar ke kedai-kedai setiap hari, agak-agak banyak manakah  untung yang kita dapat? Kita ambil untung pukul ratanya sebulan. Agak-agak berapakah modal yang harus dikeluarkan untuk menghasilkan 500 bungkus itu? Modal  mungkin tidak sampai RM 150.00 , tolak itu dan ini, cuba anda agak berapa untung yang diperolehi.

Saya kenal seorang kawan, seorang penjual nasi lemak dengan menghantar ke kedai-kedai, kantin dan lain-lain mampu memilki rumah, van sebiji dan 2 biji kereta termasuk kereta suami. Anak-anak mereka semua bersekolah menengah dan mempunyai motorsikal sendiri. Ada astro dan berwifi di rumah. Saya amat kagum dengannya.

Peluang bagi mereka yang ingin berniaga nasi lemak atau nasi lemak bungkus masih luas walaupun ramai yang telah membuatnya. Pasaran nasi lemak tidak akan tepu selagi selera  masyarakat kita masih lagi terikat dengan kesedapan dan kenikmatan nasi lemak.

Sunday, 17 November 2013

Berniaga Dengan Peluang Yang Ada

Bila sebut pasal berniaga, semua orang tahu apa itu berniaga. Tak payah nak cerita panjang lebar lagi mengenainya. Apa yang penting, sesuatu perniagaan yang kita jalankan itu mestilah halal dan tidak menyalahi undang-undang. Bukan susah sangat nak menjalankan perniagaan, macam-macam cara dan banyak jenis perniagaan kita boleh mulakan. Apa pun hati kita mestilah ikhlas dan jujur seperti pepatah inggeris ada menyatakan -- Honesty is the best policy.