Memang betul, kerepek popia cheese bercili bukan sekadar dikunyah begitu sahaja, ia juga boleh mendatangkan hasil apabila diusahakan dengan betul dan tekun.
Yang bestnya, bahan-bahan yang kita nak buat kerepek cheese kulit popia ini senang dicari. Boleh dikatakan rata-rata kedai ada menjualnya. Bahan-bahan seperti kulit popia, serbuk chili, gula icing sudah cukup untuk kita mulakan perniagaan ini.
Dan lagi, kueh-kueh yang bersalutkan cheese sudah menjadi satu trend kegemaran masyarakat kita. Penambahan cheese pada sesuatu makanan snek itu menjadikan makanan itu istimewa.
Rasanyapun tak payah ceriatalah, memang sedap. Kerepek kulit popia cheese bercili yang simple ini memang menjadi kegemaran ramai, terutamanya pelajar sekolah.
Bukan setakat pelajar sahaja yang suka, malah pekerja pejabat pun sudah ramai yang meminatinya. Pekerja pejabat memang suka makanan jenis snek macam kerepek kuli popia cheese bercili ini.
Bagi mereka yang tak ada gigi rasanya tidak susah sangat nak menikmatinya kerana kerepek popia cheese ini boleh dimamah perlahan-lahan begitu sahaja.
Kita boleh saja makan kerepek popia cheese ini pada bila-bila masa sahaja. Semasa menonton tv, bersembang dengan kawan atau tetamu.
Kalau dah tidak ada makanan lain di tengah malam, kerepek ini pun jadi juga. Makanan ini amat sesuai bagi mereka yang tidur lewat.
Pendek kata kerepek popia cheese ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja, dan tidak kira di mana tempatnya. Ia tidak merumitkan.
Kalau anda ingin berniaga atau tak pernah buat kerepek popia cheese ini, di sini saya berikan resepinya yang cukup simple sekali.
Resepi
:
- Kulit popia
- Serbuk cheese
- Gula icing
- Serbuk cili
Cara Membuat :
- Potong kulit popia berbentuk segi 4 atau bergulung mengikut saiz yang dikehendaki.
- Kemudian goreng kulit popia yang telah dipotong itu dengan minyak yang banyak sehingga warnanya agak keemasan.
- Ramuan serbuk cheese, serbuk cili dan gula icing digaul hingga serata di dalam mangkuk berasingan.
- Kemudian kulit popia yang telah digoreng itu digaulkan sekali dengan ketiga-tiga bahan tadi sehingga ia meliputi sepenuhnya.
- Akhir sekali makanan ini boleh sahaja di hidangkan atau dipekkan untuk diniagakan.
Sedikit Ulasan
Projek ini adalah viable, boleh mendatangkan keuntungan. Kiraan secara kasar dibuat ia boleh beri untung melebihi 80% kalau mengikut jualan 10 peket yang berharga 1 untuk RM 1.
Anak saya mampu menjual 20 peket sehari di sekolahnya. Saya rasa 20 peket sehari secara pukul rata cukup untuk membantu dirinya setelah ditolak segala kos yang bersangkutan.
Jika ingin berniaga kerepek popia cheese bercili ini, bahan seperti pembungkus plastik kecil atau sederhana, penimbang kecil dan sealer machine.
Anda boleh dapat Plastic Sealer Machine di sini dengan murah
EmoticonEmoticon