Wednesday, 12 February 2014

Panduan Berniaga Soya -- Siri Satu


Salam hormat, post saya kali ini berkisar kepada perniagaan air soya dan juga taufufah. Memandangkan blog ini adalah blog mengenai  peluang perniagaan, maka saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai perniagaan ini. Saya percaya perniagaan ini dapat membantu kita menambah pendapatan kita jika kita menjalankannya dengan betul. Malah ada peniaga yang betul-betul buat duit hanya dengan berniaga air kacang soya dan taufufah, memang ramai. Pucuk pangkalnya, kita hendaklah membuat bisnes ini dengan serious dan beretika orang berniaga, kreatif dan berinovasi, mengikut sistem pemasaran yang betul, insyaallah segalanya akan berjalan lancar dan teratur.


Berniaga soya tidak memerlukan modal yang besar. Kita boleh mulakannya dengan mudah sekali. Apa yang penting, lokasi perniagaan kita perlu diambil kira. Lokasi yang berhampiran dengan sekolah, mesjid, kawasan ramai pejalan kaki atau kawasan tumpuan orang ramai atau kawasan yang mengadakan event-event tertentu perlu diberi perhatian. Kalau boleh cari maklumat ditempat anda tentang mana-mana event atau majlis yang akan dijalankan supaya senang untuk kita membuat perancangan. Sekurang-kurangnya kita dapat membuat persedian awal untuk menjalankan bisnes ini. Kawasan dipersekitaran kilang juga kita boleh mencuba nasib dengan perniagaan soya ini.

Dalam perniagaan air kacang soya dan taufufah ini, kita boleh mengeluarkan modal paling minima dan sesetengah peralatan kita boleh gunakan yang sedia ada dirumah. Contohnya, dapur gas, periuk yang agak size besar, blender, balang gula plastik boleh didapati dari dapur rumah kita sendiri. Barang yang perlu di beli adalah seperti tong soya, penapis kain, payung, meja lipat, plastik alas meja dan lain-lain memerlukan sedikit modal, itu pun saya rasa tidak sampai RM 400. Kalau kita tidak ada kenderaan 4 roda sendiri, berniagalah kawasan berhampiran rumah kita, malah dihadapan rumah kita pun boleh jika kita tinggal ditaman perumahan ataupun jika rumah kita berada berdekatan dengan jalan raya utama. Yang penting sekali, produk kita mestilah bermutu tinggi dan sedap dan harganya juga mesti berpatutan dan janganlah risau, barang yang baik mesti dicari orang. OK, hanya setakat sahaja panduan asas yang dapat saya beri. Disiri kedua saya akan tunjukan cara membuat air kacang soya dan taufufa mengikut resepi yang saya gunakan untuk jualan harian saya. Bye.



EmoticonEmoticon