Friday, 31 January 2014

Cari Duit Dengan Affiliate Marketing - Siri Satu.

Salam sejahtera, saya selalu mencari jalan nak buat duit lebih tidak kiralah apa jalannya asalkan ia halal dan tidak melanggar undang-undang. Setakat ini otak saya hanya tertumpu kepada online marketing kerana ia tidak banyak menggunakan modal untuk memulakannya. Bermacam-macam cara business online kalau kita betul-betul nak buat, tetapi saya lebih suka business yang kurang guna modal seperti menjadi affiliate untuk mana-mana pihak seperti Clickbank, Commission Juction, Amazon dan banyak lagi tempat-tempat lain. Untuk menjadi affiliate kita hendaklah mendaftar dengan mereka dan kebanyakannya percuma.

Apa itu affiliate?. Secara ringkasnya affiliate itu ialah  seseorang yang berdaftar dengan sesuatu pihak atau syarikat dan mewakili mereka  untuk menjual atau mempromosikan barangan samada digital, fizikal ataupun tawaran secara online dengan mendapat ganjaran atau pun komisyen. Pembayaran komisyen selalu dibuat melalui check, e-pembayaran seperti Paypal, Payoneer atau pun melalui pemindahan wang dari bank. Kita akan memahaminya secara perengkat demi peringkat tentang pembayaran ini apabila kita mula mengikuti business secara affiliate ini secara serious lagi. Kebanyakan program affiliate yang saya sebutkan kebanyakannya dari negara luar terutamanya Amerika Syarikat. Di negara kita juga ada yang menjalankan perniagaan affiliate ini, jadi pandai-pandailah untuk memilih program mana yang lebih baik dan sesuai dengan  jiwa dan kemampuan kita.

Secara peribadinya, saya juga masih lagi baru dan mentah dalam bidang affiliate ini. Saya akan sampaikan segala pengalaman saya samada baik dan buruknya bidang ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan tauladan kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari untuk buat duit melaui online terutamanya program affiliate ini. Untuk siri pertama ini cukuplah setakat ini sahaja, insyaallah kita akan berjumpa lagi dalam siri-siri yang seterusnya dimasa akan datang.


EmoticonEmoticon