Friday, 11 December 2015

Masih Ada Cara Meraih Pendapatan Melalui MLM

Tags

Bercakap pasal MLM kebanyakan orang sudah tahu. MLM adalah Multi- Level Marketing atau dalam melayunya Pemasaran Berbilang Perengkat. Ia adalah satu cara perniagaan yang  sememangnya sah di negara kita ini. Kebanyakan syarikat yang menjalankan perniagaan ini mempunyai lesen tertentu.

Saya bukan nak sentuh isu sah atau tidaknya MLM di negara kita ataupun MLM secara online. Saya ingin sentuh cara dan bagaimana seseorang itu  boleh buat duit tambahan dengan menjalankan perniagaan yang berasaskan MLM ini secara alam nyata.

 Apa yang saya lihat dari kawan-kawan yang berkecimpung dalam bidang ini, ramai yang sudah  sampai sepuluh tahun berkecimpung dalam bidang ini. Mungkin sepuluh tahun tidak lama bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya jika sepuluh tahun berada dalam MLM, ini menunjukan yang bidang ini memang boleh memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencari makan.

Walaupun bidang ini mampu memberi peluang kepada kita untuk buat duit, harus juga diingatkan bahawa bukan semua orang boleh melakukannya. Bagi mereka yang tidak suka menjual, lebih baik jangan masuk dalam bidang ini. Wapaupun MLM mempunyai 2 cabang buat duit iaitu jualan dan rekrut, merekrut juga boleh dikirakan sebagai jualan .

Jualan dalam MLM adalah menjual barang terus ke pelanggan dengan mendapat keuntungan. Merekrut adalah melantik orang bawahan kita juga dipanggil downlines dengan mendapat imbuhan dari apa yang dibuat oleh downline kita. Kedua-duanya memerlukan kemahiran untuk membuatnya.

Mempunyai kemahiran dalam jualan sahaja sudah mencukupi jika kita memberi tumpuan terhadapnya. Lagi bagus jika kita mempunyai kedua-duanya baik  jualan mahupun merekrut. Bagi mereka yang betul-betul merancang dan yang ada plan tindakan yang betul, MLM mampu memberi pendapatan lumayan dan mereka mampu memiliki kereta dan rumah yang besar.

Produk dan plan pemasaran juga memainkan peranan kerana dalam dunia MLM pesaingan sangatlah sengit. Produk yang bagus dan plan yang menarik dan fleksibel mampu menarik ramai peserta untuk menyertai sesuatu syarikat. Ini kerana peserta MLM adalah juga pelanggan.

MLM adalah satu industri. Industri MLM ini telah lama berkembang di nagara kita ini. Ramai yang sudah berjaya dan ada yang sudah sampai ke perengkat jutawan. Tetapi ramai juga yang telah mencemar nama baik industri MLM ini dengan menyediakan berbagai plan yang bukan-bukan dengan janji-janji yang tidak pernah ditunaikan. Jauhkan diri kita dari syarikat-syarikat sebegini yang hanya tahu kutip duit peserta dan hilang selepas beberapa bulan.


EmoticonEmoticon