Semua yang melabur, masing-masing nak buat duit. Kalau kita nak buat duit dengan pelaburan, kita mesti ada modal. Modal kecil atau besar tidak apa, zaman sekarang tidak macam dulu lagi, kena ada modal besar.
Kalau dulu kita sebut sahaja pelaburan, orang biasa macam kita memang rasa tidak layak. Bukan apa, kerana yang kita tahu pelaburan itu hanya untuk orang yang berada sahaja, dan perlu guna banyak modal untuk melabur.
Sejak Amanah Saham diperkenalkan oleh kerajaan dan melalui kempen-kempen yang dilaksanakan, maka ramailah rakyat biasa macam kita ini mulai sedar tentang apa itu pelaburan.
Kita juga sedar bahawa untuk melabur tidak memerlukan modal yang banyak. Kita boleh menyimpan sambil melabur sedikit demi sedikit untuk masa depan kita.
Zaman sekarang sudah berubah, rata-rata sebut pasal pelaburan atau lebih tepat kita sebut saham. Yang penting kita sudah sedar bahawa pelaburan dapat memberi pulangan yang baik jika kita buatnya dengan betul.
Bagi saya definasi pelaburan dan saham itu ialah menyimpan duit kita dimana-mana sama ada dilaburkan atau diniagakan dan akan mendapat pulangan dengan keutungnan dalam tempuh masa tertentu.
Pandangan saya, pelaburan itu di mana-mana sahaja, tidak semestinya kita kena melabur dengan syarikat pelaburan dan dengan kerajaan sahaja.
Jenis Pelaburan Yang Halal dan Mengikut Hukum Syarak
Apa yang penting, carilah bentuk pelaburan atau saham yang diiktiraf oleh kerajaan dan halal mengikut hukum syarak. Kita juga mesti tahu dan kenalah belajar sedikit sebanyak tentang saham dan pelaburan.
Sama-sama kita pun boleh melabur sesama sendiri, jika kawan kita ada bisnes juga kita boleh melabur dengannya, tetapi hendaklah ada penjanjian tertentu dan tanggunglah risikonya sendiri.
Pelaburan adalah luas, main kutu juga boleh dibuat secara pelaburan jika kita membuat pelan secara pelaburan ( membida ) dan bukan secara simpanan. Tetapi kena ingat dari segi undang-undang.
Contohnya, sesiapa dari ahli kutu yang berkehendakkan duit lebih awal maka ia hendaklah membidanya untuk nilai terendah dan lebihan duit itu boleh disimpan sebagai tabung untuk dibahagikan kelak.
Samada kita bermain kutu ke, kongsi dan labur sesama sendiri ke, jika ia tidak melanggar undang-undang syariah bagi saya boleh saja.
Kita juga boleh bermain forex melalui internet, jika kita benar-benar mempunyai kemahirannya. Soal halal haram kita timbanglah sendiri. Kita yang main forex kita sendiri tahu di mana tempatnya yang harus dan haram.
Banyak pendapat yang bercanggah dalam hal forex ini, ada yang mengatakan ianya harus dan ada yang mengatakan haram walaupun Majlis Fatwa sendiri menyatakannya haram.
Fikir-fikirlah sendiri, pelaburan forex ini adalah hak individu itu sendiri untuk menentukannya. Kerajaan boleh kata haram, tetapi itu hak individu untuk menilaikannya.
Serupa juga judi main nombor ekor itu haram, tetapi ada kedai-kedai ekor yang berkali-kali lebih haram. Dan menjalankan kegiatannya berjudi dan tidak pernah kena tangkap pun? Renung dan fikirlah sendiri.
Pelaburan memang luas, kita sendiri kena menilainya mana satu yang ada ciri-ciri pelaburan dan sekali lagi dingatkan lebih baik melabur dengan syarikat -syarikat yang berdaftar dan halal atau patuh syariah.
Jauhkan Diri Dari Pelaburan Yang Menipu Rakyat
Janganlah sekali kita melabur dengan syarikat yang hanya berjanji palsu akhirnya kita yang akan menyesal nanti. Organisasi penipuan sebeginilah yang banyak merosakkan industri seperti MLM dan forex.
Saya lebih rela bermain forex daripada melabur dengan syarikat pelaburan skim cepat kaya yang dijalankan oleh 'con man' yang kita tak tahu asal usulnya syarikat tersebut.
Jika saya main forex, saya sendiri yang akan tanggung risiko dan segala kerugiannya. Jika saya mendapat untung sekurang-kurangnya saya sudah bantu kerajaan kita membawa duit asing masuk ke negara kita.
Sekarang ini, syarikat-syarikat insuran juga telah banyak menyediakan perlindungan yang berunsurkan pelaburan. Ini menunjukkan masyarakat telah memberi perhatian yang agak serius tentang pelaburan samada untuk diri sendiri ataupun keluarga.
Kita juga sudah sedar betapa pentingnya pelaburan dan perlindungan untuk masa depan. Apa salahnya kita simpan walaupun tak seberapa secara konsisten demi untuk masa akan datang yang kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi.
Lebih baik kita beringat sebelum apa-apa berlaku, hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Beringatlah sebelum kena.
Pengurusan Saham Yang Lebih Teratur dan Profesional
Sebagai nasihat dari saya, jika kita ingin melabur atau bermain saham, tidak kiralah apa pelaburanya, samada bermain share, mutual fund, pasaran spot ataupun forex sekalipun :
- Pertama sekali kita mestilah ada modal.
- Rancang untuk membuat pelaburan tersebut.
- Yang penting sekali kita hendaklah mempunyai pengetahuan tentang pelaburan yang kita ingin ceburi.
Dengan adanya modal, perancangan dan pengetahuan dalam pelaburan dan permainan saham ini, pengurusan saham kita akan lebih profesional lagi.
Akhir kata ….
Nak melabur kita tidak perlu takut, modal kecil pun kita sudah boleh melabur. Apapun kita kena pilihlah jenis pelaburan apa yang kita mahukan.
Kita ada bermacam-macam bentuk dan jenis saham, ada yang guna modal sikit dan ada yang banyak. Yang penting duit yang kita nak main saham itu tidak menjejaskan kehidupan harian kita.
Kita menabung dalam pelaburan untuk menyimpan supaya duit kita akan berkembang semata-mata untuk masa depan kita kedudukan ekonomi kita menjadi sekain hari semakin kukuh.