Sunday, 3 January 2016

Buat Duit Dengan Berniaga Kopi Tenaga


Kalau nak kira berniaga, segala benda dalam dunia ini boleh diperniagakan, yang penting kita mestilah ada idea lebih sikit dan berfikiran di luar kotak bak kata orang sekarang. Kita hendaklah rajin berusaha, dan perniagaan kita mestilah halal dari segi hukum syarak dan sah dari segi undang-undang.

Minum kopi satu trend

Berniaga kopi sahaja sekarang ini sudah membuat seseorang itu kaya. Apa tidaknya, minum kopi sudah menjadi trend zaman ini. Bukan setakat kopi biasa, malah kopi berpeket atau sachet pun sudah disukai ramai. Kopi sachet ini memang mempunyai ramai peminat. Tengok saja di gerai-garai dan kedai-kedai kopi berlambak tergantung bermaca-macam jenis kopi.

Potensi berniaga kopi

Perniagaan kopi memang mempunyai prospek yang tinggi dan berpotensi. Sesiapa sahaja boleh mencuba dalam bidang ini dan ianya tidaklah terlalu susah. Yang penting, ramuan kopi mestilah baik, berkualiti dan dapat memberi kesan baik kepada peminumnya tanpa memberi sebarang kesan sampingan.

Untuk memproses kopi ini kita tidak semestinya memiliki kilang kopi, kalau ada amat baik sekali. Banyak juga kilang memproses kopi jenis OEM terdapat di Malaysia ini. Kita cuma ciptakan ramuan kopi ini dan serahkan kepada kilang sebegini,

Kita boleh cipta brand kita sendiri dan buat pemasaran bersendiri, tidak ada siapa akan menghalang asal jangan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Kopi tenaga berkhasiat

Sekarang ini penjualan kopi tenaga sudah banyak di pasaran namun potensinya masih tetap ada. Ini kerana kopi tenaga tidak sama nilai khasiatnya dengan kopi peket yang lain. Kopi tenaga ini memang bertenaga terutamanya dari segi seks.

Bahan libido dan penambah tenaga seks seperti maca, tongkat ali, tribulus terrestris(tt) dan lain-lain lagi selalu 
digunakan untuk memberi khasiat tambahan bagi mereka yang memerlukannya.

Di samping memberi tenaga batin, bahan-bahan yang terdapat dalamnya mampu memberi perjalanan darah dengan dan ada yang boleh merendahkan kadar gula dalam darah dan banyak lagi khasiat yang boleh kita dapat.

Dalam perniagaan kopi tenaga ini kita juga kena berhati-hati dengan kandungan yang terdapat di dalamnya yang boleh membahayakan kesihatan seperti kandungan steroid, sildenafil,tadanafil dan lain-lain.

Tuesday, 22 December 2015

Berniaga Ayam Goreng Seringgit Memang Laris

Semua orang tahu ayam goreng sedap, kerana daging ayam itu sendiri memangnya sedap. Kalau tidak masakan Kentucky Fried Chicken begitu terkenal sekali di seluruh dunia. Masak ayam goreng kalau kena dengan campuran resepinya memang best sekali.

Sekarang ini bukan setakat ayam goreng Kentucky sahaja yang lazat, ayam goreng seringgit yang dijual di tepi jalan dan pasar malam pun apa kurangnya. Apabila kita lalu sahaja di kawasan gerainya, baunya sahaja sudah mencukupi untuk menyatakan yang ianya sedap.

 Ada potensi

Jika berniaga ayam goreng seringgit pada masa ini memang ada potensi. Tidak kiralah di mana kita berniaga ayam goreng, yang penting tempat yang kita hendak berniaga mestilah strategik sedikit. Maksudnya tempat perniagaan hendaklah tempat yang ada laluan orang ramai dan resepinya hendaklah

Dari apa yang saya dok kaji, berniaga ayam goreng seringgit tidaklah susah sangat. Guna modal pun tidaklah beribu-ribu sangat. Beli ayam dan potonglah ikut padan patut saiznya. Buatah resepi yang ada rasa sedikit. Sediakan dapur, periok untuk masak dan benda lain-lain lagi dan jual. Memang mudah.

 Mempunyai pasaran yang luas

Bagi saya pasaran ayam goreng seringgit terlalu luas kerana tempat-tempat untuk berniaga ayam goreng tidak terbatas. Ada pasar malam, ada tepi jalan, ada kawasan perumahan, yang pentingnya kenalah cari tempat-tempat untuk berniaga yang ada potensi. Anda boleh cuba di satu tempat, kalau boleh teruskan dan kalau tidak cari di tempat lain.

 Mudah menengembangkan perniagaan

Dari gerai yang saya selalu membeli ayam goreng seringgitnya, pekerjanya memberi tahu saya yang taukenya mempunyai 6 lagi gerai ayam goreng yang sedang beroperasi. Katanya lagi ada tauke ayam goreng seringgit yang mempunyai lebih daripada 20 cawangan gerai ayam goreng seringgit. Setiap gerai ini mampu mencecah jualan 500 ketul ayam sehari dan ada yang melebihi RM 1000 jualan sehari.

Bila perniagaan ayam goreng seringgit anda ini semakin maju, cubalah buka ladang ternakan ayam daging sekadar yang mampu sekurang-kurangnya anda sendiri yang bekalkan ayam kepada perniagaan anda sendiri.

Lihatlah betapa potensinya perniagaan ini. Modal yang tidak sebanyak mana mampu memberi pulangan yang sangat lumayan. Perniagaan ayam goreng seringgit ini juga tidak perlukan kelulusan tinggi, cukup sekadar rajin, semangat ingin belajar, jujur dan ikhlas dan berdisiplin.

Berniaga Nasi Lemak Menguntungkan


Kerap kali kita tengok dalam drama TV orang yang menjual nasi lemak itu terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal miskin dan pendek kata kebanyakannya  orang miskinlah yang menjual nasi lemak. Tetapi hakikatnya hari ini, kita boleh lihat penjual nasi lemak kebanyakannya tidak lagi seperti yang  digambarkan dalam drama melayu kita.

Ada penjual nasi lemak mampu meraih keuntungan sahaja sebanyak lebih kurang dalam 2 hingga 3 ratus sehari. Itu adalah fakta yang saya sendiri tahu. Bagaimana dengan yang lain-lain lagi, ada yang mungkin dapat lebih? Malah sudah banyak penjual nasi lemak kini adalah mereka yang masih bekerja dan ada yang bertaraf eksekutif.

Jika anda membuat 500 bungkus nasi lemak dengan harga RM 1.20 setiap bungkus  untuk dihantar ke kedai-kedai setiap hari, agak-agak banyak manakah  untung yang kita dapat? Kita ambil untung pukul ratanya sebulan. Agak-agak berapakah modal yang harus dikeluarkan untuk menghasilkan 500 bungkus itu? Modal  mungkin tidak sampai RM 150.00 , tolak itu dan ini, cuba anda agak berapa untung yang diperolehi.

Saya kenal seorang kawan, seorang penjual nasi lemak dengan menghantar ke kedai-kedai, kantin dan lain-lain mampu memilki rumah, van sebiji dan 2 biji kereta termasuk kereta suami. Anak-anak mereka semua bersekolah menengah dan mempunyai motorsikal sendiri. Ada astro dan berwifi di rumah. Saya amat kagum dengannya.

Peluang bagi mereka yang ingin berniaga nasi lemak atau nasi lemak bungkus masih luas walaupun ramai yang telah membuatnya. Pasaran nasi lemak tidak akan tepu selagi selera  masyarakat kita masih lagi terikat dengan kesedapan dan kenikmatan nasi lemak.

Friday, 11 December 2015

Masih Ada Cara Meraih Pendapatan Melalui MLM

Bercakap pasal MLM kebanyakan orang sudah tahu. MLM adalah Multi- Level Marketing atau dalam melayunya Pemasaran Berbilang Perengkat. Ia adalah satu cara perniagaan yang  sememangnya sah di negara kita ini. Kebanyakan syarikat yang menjalankan perniagaan ini mempunyai lesen tertentu.

Saya bukan nak sentuh isu sah atau tidaknya MLM di negara kita ataupun MLM secara online. Saya ingin sentuh cara dan bagaimana seseorang itu  boleh buat duit tambahan dengan menjalankan perniagaan yang berasaskan MLM ini secara alam nyata.

 Apa yang saya lihat dari kawan-kawan yang berkecimpung dalam bidang ini, ramai yang sudah  sampai sepuluh tahun berkecimpung dalam bidang ini. Mungkin sepuluh tahun tidak lama bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya jika sepuluh tahun berada dalam MLM, ini menunjukan yang bidang ini memang boleh memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencari makan.

Walaupun bidang ini mampu memberi peluang kepada kita untuk buat duit, harus juga diingatkan bahawa bukan semua orang boleh melakukannya. Bagi mereka yang tidak suka menjual, lebih baik jangan masuk dalam bidang ini. Wapaupun MLM mempunyai 2 cabang buat duit iaitu jualan dan rekrut, merekrut juga boleh dikirakan sebagai jualan .

Jualan dalam MLM adalah menjual barang terus ke pelanggan dengan mendapat keuntungan. Merekrut adalah melantik orang bawahan kita juga dipanggil downlines dengan mendapat imbuhan dari apa yang dibuat oleh downline kita. Kedua-duanya memerlukan kemahiran untuk membuatnya.

Mempunyai kemahiran dalam jualan sahaja sudah mencukupi jika kita memberi tumpuan terhadapnya. Lagi bagus jika kita mempunyai kedua-duanya baik  jualan mahupun merekrut. Bagi mereka yang betul-betul merancang dan yang ada plan tindakan yang betul, MLM mampu memberi pendapatan lumayan dan mereka mampu memiliki kereta dan rumah yang besar.

Produk dan plan pemasaran juga memainkan peranan kerana dalam dunia MLM pesaingan sangatlah sengit. Produk yang bagus dan plan yang menarik dan fleksibel mampu menarik ramai peserta untuk menyertai sesuatu syarikat. Ini kerana peserta MLM adalah juga pelanggan.

MLM adalah satu industri. Industri MLM ini telah lama berkembang di nagara kita ini. Ramai yang sudah berjaya dan ada yang sudah sampai ke perengkat jutawan. Tetapi ramai juga yang telah mencemar nama baik industri MLM ini dengan menyediakan berbagai plan yang bukan-bukan dengan janji-janji yang tidak pernah ditunaikan. Jauhkan diri kita dari syarikat-syarikat sebegini yang hanya tahu kutip duit peserta dan hilang selepas beberapa bulan.

Saturday, 5 December 2015

Mencari Duit Lebih Melalui Pemasaran Affiliate

http://www.sellhealth.com/ct/295606

Jalan untuk mencari duit lebih memangnya banyak, terpulanglah kepada kita bagaimana mencarinya. Kalau kita ada computer dan talian internet, peluang untuk kita mencari duit tambahan memang banyak sekali.

Bermacam-macam cara kita boleh dapatkan wang tambahan melalui internet ataupun secara online. Ada yang memerlukan modal ada yang tidak. Menjual barangan affiliate adalah satu cara kita membuat duit lebih tanpa menggunakan modal.

Kalau kita hendak berdaftar sebagai affiliate tidaklah begitu susah sangat, isi sahaja borang yang disediakan dan hantar. Sesetengah syarikat memerlukan beberapa hari untuk mempertimbangkan permohonan kita. Dan ada yang terus meluluskannya.

Monday, 15 December 2014

Bagaimana Buat Duit Dengan CPA ( Cost Per Action)


Saya sudah lama intai-intai dan dok kaji tentang CPA atau Cost Per Action ini, tetapi terus terang saya beritahu bahawa saya memang tak faham langsung pada mulanya. Saya cuba belajar dari forum-forum yang ada tentang CPA dan dapatlah belajar sedikit sebanyak tentangnya, itu pun tak banyak yang saya dapat. Apa itu CPA ( Cost Per Action )? Untuk jawapan yang mudah bagi saya ialah - Mendapat bayaran tertentu banyaknya dengan megerjakan atau membuat sesuatu tindakan untuk syarikat atau barang tertentu. Contohnya, menggalakkan pelanggan mengklik dan memberi email atau apa yang diperlukan supaya syarikat membuat tindakan susulan terhadapnya dengan memberi hadiah atau sebagainya. Apabila pelanggan memberi sahaja apa yang diperlukan, kita sendiri sebagai Publisher atau Affiliate akan dapat komisyennya. Kalau kita betul-betul kaji dan faham tengtang cara pemasaran CPA ini, ianya memang mudah dan memang kita akan buat duit dengan banyak sekali jika kita mempromosinya dengan betul. Ramai yang sudah mencapai pendapatan sehingga lima angka dengan senang sahaja, itu sahaja yang saya tahu.

Saturday, 17 May 2014

Panduan Berniaga Soya -- Siri Dua

Berniaga Air Soya & Tau Fu Fa
Dalam siri satu yang lalu, saya berjanji akan memberi tips tentang cara memproses air kacang soya dan juga tau fu fa. Inilah cara-cara nya seperti dibawah ini: Panduan ini bagi mereka yang ingin berniaga air kacang soya.

Cara Memproses Air Kacang Soya
Menggunakan 1 kilogram kacang soya bersama samada 16 atau 14 atau 12 dan ada yang menggunakan 10 kilo air atau liter air. Bergantung kepada anda, dan untuk jualan ada yang menggunakan 1/14 dan 1/12. Saya tidak memproses ar soya yang terlalu pekat kerana ia kurang memberi citarasa soya yang sebenar. Dalam hal ini terpulanglah kepada anda.